Sunday 12 June 2011

RM82 JUTA UBAH LANDSKAP EKONOMI BEAUFORT





Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PERLAKSANAAN projek naiktaraf jalanraya dari kampung Jempangah hingga ke Batu 60, Beaufort sejauh 17 kilometer yang diluluskan oleh kerajaan dengan kos sebanyak RM82 juta melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilihat mampu merubah landskap pembangunan dan ekonomi rakyat di kawasan ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jika sebelum ini penduduk di kawasan tersebut hanya bergantung kepada sistem pengangkutan keretapi, namun keadaan tersebut akan berubah dalam tempoh terdekat; yang bukan sahaja memberikan kemudahan asas yang lebih kepada penduduk namun turut melonjakkan taraf sosio ekonomi mereka seharian.

“Komitmen kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja mengutamakan kebajikan rakyat, namun dalam masa yang sama melihat dan merubah taraf sosio ekonomi rakyat melalui kemudahan asas yang disediakan; selaras dengan hasrat kerajaan melaksanakan Transforsmasi Ekonomi (ETP) serta Model Ekonomi Baru (NEM) bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020.” katanya ketika berucap merasmikan Majlis penutupan Pesta Kaamatan Zon Batu 65, Saliwangan yang diadakan di Balai Raya Kampung Saliwangan, Beaufort, kelmarin.

TINJAU….Lajim diringi Ketua Kampung KK Lagimen, Katokis Simon Beda dan pemimpin masyarakat serta orang ramai semasa meninjau ke Kampung Saliwangan

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Isnin Haji Aliasnih; Datuk Kimjus Duim; Ketua Pergerakan Pemuda dan Jawatankuasanya yang diketuai Mohd Ishak Ibrahim; Pengerusi MCA Beaufort Peter Chew; Yang diPertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (Sabah) Abd Sanon Haji Sapri; Pegawai Pembangunan Khas Parlimen Beaufort Jawarin Nasar dan Staff Pejabat Pusat khidmat Parlimen Beaufort

Sehubungan itu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahu rakyat melihat perubahan pembangunan ini sebagai asas untuk mereka merubah cara berfikir dan berusaha bagi memperbaiki taraf sosio ekonomi mereka melalui pelbagai usaha, terutamanya dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf pendapatan mereka seharian.

“Sudah tentu kemudahan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan tidak akan memberikan impak kepada pembangunan ekonomi jika rakyat gagal memanfaatkan kemudahan serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Di majlis tersebut juga, Lajim turut meluluskan peruntukan sejumlah RM40 ribu bagi membesarkan Dewan Gereja, selain membina dapur dan bilik persalinan serta pendawaian elektrik Balairaya kampung Saliwangan.

.

20 comments:

  1. Harap2 naik taraf jalan raya kampung Jempangah dapat memberi kemudahan & kelesaan yang lebih kepada penduduk kampung.

    ReplyDelete
  2. Hope that the allocations will be used to improve the economics in Beaufort.

    ReplyDelete
  3. RM82million should be more than enough to improve the economics in Beaufort.

    ReplyDelete
  4. Make sure this allocation will be use to improve the economics in Beaufort and nothing else. Hopefully we can see a positive change in Beaufort.

    ReplyDelete
  5. Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kawasan Beaufort.

    ReplyDelete
  6. pastikan projek tersebut diberikan kepada pihak kontraktor yang bertanggungjawab. jangan nanti berlaku masalah seperti kelewatan projek disiapkan, kualiti jalan yang tidak baik dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. Harap projek ini berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  8. kemudahan jalan raya memang amat diperlukan..

    ReplyDelete
  9. kebajikan dan keperluan rakyat harus diutamakan..

    ReplyDelete
  10. komitmen yang seperti ini yang diperlukan oleh rakyat..jika semua YB seperti ini maka kualiti hidup rakyat pasti akan meningkat.

    ReplyDelete
  11. gunakan perluntukan tersebut dengan sebaiknya. harap ini akan dapat membantu meningkatkan ekonomi dan memberikan keselesaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  12. apa sahaja kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan wajar dimanfaatkan sebaik2nya oleh rakyat. kerajaan hanya mampu menyediakan kemudahan dan pembangunan, selebihnya bergantung dengan rakyat bagaimana untuk memanfaatkannya bagi meningkatkan taraf hidup masing2.

    ReplyDelete
  13. projek ini amat dharapkan berjalan dgn lancar. ia perlu bagi kemudahan penduduk sistem pengangkutan.

    ReplyDelete
  14. Adui punya bahagia kalau peruntukan tu digunakan sebaik mungkin. hehe

    ReplyDelete
  15. Ya mandau. Sememangnya projek ini harus berjalan lancar bagi mengelakkan rakyat kecewa.

    ReplyDelete
  16. Jika kerajaan telah mainkan peranan mereka, maka rakyat juga harus buat apa yang patut kerana hanya dengan kerjasama antara semua pihak saja membolehkan sesuatu matlamat utama dicapai :)

    ReplyDelete
  17. Justeru rakyat juga mempunya peranan besar dalam mengubah landskap ekonomi negara.

    ReplyDelete
  18. Semoga kerajaan akan terus membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  19. Baguslah kalau macam itu. Biar apa yang dirancang itu pasti dilaksanakan sepenuhnya dan tidak terhenti begitu saja.

    ReplyDelete
  20. Beaufort kira beruntung kerana dapat peruntukkan jalan raya. Harap semua wakil rakyat memberikan komitmen tentang masalah penduduk.

    ReplyDelete