Tuesday 21 June 2011

SAGA JAYAKAN HARI BAPA DI SRI HARAPAN



Oleh : CHANG SHAK HUNG

Sambutan Hari Bapa pada tahun ini telah disambut oleh warga ‘Sandakan AIDS Support Group Association’ (SAGA) pada 19 Jun 2011 baru-baru ini. Salah satu program yang dianjurkan adalah lawatan mesra ke Rumah Wargatua Sri Harapan, Jalan Sibuga pada hari berkenaan.

Kumpulan SAGA yang diketuai oleh Pengerusi SAGA, Dr Zaiton dan beberapa ahli Exco SAGA seperti Chang Shak Hung, Lilian Pang, Chong Ching Hau, Jenny Chen Nyuk Jin dan Sirwanah Sidik, telah melawat para wargatua dengan memberi buah tangan berbentuk makanan kepada mereka tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

SAGA merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dari segi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang pencegahan dan bahaya penyakit AIDS.

Kerja-kerja sosial yang dilaksanakan antaranya ujian saringan HIV secara percuma kepada masyarakat, memberi ceramah kepada kakitangan kerajaan dan persatuan-persatuan yang lain, memberi ceramah di sekolah-sekolah untuk pelajar, mengadakan pameran di tempat umum serta aktiviti dan program yang berunsurkan kepada khidmat sosial.

Sifat keprihatinan dan komited serta mempunyai sikap kesukarelawan dan ingin membantu serta menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan yang ditunjukkan oleh warga SAGA amatlah dihargai dan murni dalam menyedarkan warga masyarakat tentang bahaya penyakit AIDS serta langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan.

Bukan itu sahaja, pesakit yang dijangkiti penyakit AIDS sentiasa diberi dorongan dan sokongan supaya tidak patah semangat untuk terus hidup demi keluarga dan anak-anak.

11 comments:

  1. Kehadiran SAGA pasti membawa keriangan kepada penghuni di Sri Harapan.

    ReplyDelete
  2. Semoga SAGA dapat meneruskan usaha2 murni mereka ini.

    ReplyDelete
  3. usaha mereka ini patut dicontohi oleh badan-badan persatuan lain dan segenap masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari bapa kepda yang sudah menjadi bapa... Hargailah mereka selagi mreka ada.

    ReplyDelete
  5. Program seperti adalah bagus jika setiap tahun diadakan.

    ReplyDelete
  6. program ini baik sekali dan ia perlu dilakukan lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. ini psti akan menjadi hari bapa yang terbaik buat para penghuni Sri Harapan.

    ReplyDelete
  8. teruskan usaha murni ini.. lebih baik sokong pertubuhan seperti ini daripada parti politik...

    ReplyDelete
  9. Satu program yang baik untuk memberikan keriangan kepada warga emas yang berada di Rumah Wargatua Sri Harapan, Jalan Sibuga.

    ReplyDelete
  10. Baguslah. Usaha sebegini harus digiatkan agar golongan tua rasa diri mereka dihargai.

    ReplyDelete
  11. Apapun selamat hari Bapa :)

    ReplyDelete