Saturday 11 June 2011

SANDAKAN BANDAR TERBUSUK DI SABAH?



Oleh : SHAIMON S JUMADI

DISEBABKAN terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pertadbiran pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam melaksanakan beberapa isu yang membabitkan kepentingan awam, MPS wajar mendapat kritikan dan teguran daripada masyarakat setempat.

Masyarakat Sandakan, secara umumnya berpendapat bahawa kritikan membina amat penting bagi mematangkan MPS ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang mampu meneruskan dasar Urbanisasi dan Kemanusiaan; bukan pula bertujuan untuk memburuk-burukkan kewibaan MPS.

Seorang aktivis masyarakat juga mantan Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Jafar Mustapha menjelaskan dengan terperinci mengenai peranan pihak MPS dalam melaksanakan khidmatnya yang sejak akhir-akhir ini, tidak begitu konsisten, terutama sekali untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh para penduduk setempat.

Katanya lagi, MPS mempunyai ramai pegawai kanan; terutama Merinyu, Unit Penguatkuasa dalam pelbagai seksyen dengan bantuan mandur serta buruh am, tetapi beliau hairan kenapa bandar Sandakan masih dikategorikan sebagai salah satu bandar terkotor di Sabah selepas Semporna.

“Ini bukan fitnah. Cuba lihat lorong belakang dan kebanyakan tangga bangunan serta lorong pejalan kaki; apatah lagi Pasar kelihatan terlalu kotor dan berbau busuk dan amat menjijikkan sehingga menerima pelbagai gelaran daripada pelancong,” kata Jaafar yang menggesa agar Presiden MPS lebih proaktif.

Tambah Jaafar, beliau merasa takjub kerana MPS mempunyai lebih 100 buruh kasar yang ditempatkan di bahagian masing-masing tetapi perkhidmatan mereka masih tidak berkualiti, apatah lagi MPS melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggelaraan dan pembersihan.

“Semasa Yeo Boon Hai menjadi Presiden MPS, bandar Sandakan mendapat gelaran sehingga tercatat di Malaysia of Book Record sebagai salah satu bandar yang terbersih jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di negeri Sabah, tetapi penggantinya gagal meneruskan kecemerlangan tersebut,” ujarnya.

Kata Jaafar lagi, kecapaian tersebut adalah berkat kerja keras dan usaha gigih yang dimainkan oleh Yeo sebagai Presiden MPS ketika itu yang begitu mengambil berat dan tanggungjawab menjalankan amanah kerajaan dalam mentadbir urus MPS sebagai salah satu entiti terpenting.

“Yeo adalah Presiden MPS yang terbaik dalam sejarah selepas merdeka kerana berjaya menambah baik MPS sehingga disenangi semua pemimpin dan kakitangannya kerana mudah mesra,” kata Jaafar yang menafikan membodek Yeo sebaliknya mengenang jasa bakti Yeo sebagai Presiden MPS.

Jaafar menambah, Presiden MPS sekarang, Datuk Ir James Wong bukan tidak bagus, tetapi dilihat dari segi peranan dan tanggungjawabnya dalam menjalankan urusan pentadbiran, nampaknya tidak begitu cekap di samping tidak begitu mengambil berat terhadap beberapa aspek yang berkaitan, sehingga Sandakan mendapat cemuhan daripada orang luar disebabkan keadaan bandarnya terlalu kotor.

“Sebagai warga Sandakan kadang-kadang saya berasa malu apabila berdepan dengan para pelancong luar yang sering berkunjung ke daerah ini ekoran daripada situasi bandar yang kotor, berbau busuk ini,” tegas Jaafar.

Memang benar, kata Jaafar, penjagaan kebersihan tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak MPS semata-mata, bahkah masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan bandar Sandakan agar kelihatan bersih dan indah.

Mengenai pencemaran nama baik Sandakan yang dilakukan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berkeliaran di sana sini, terutama menjual rokok seludup dan telur penyu, kata Jaafar, membuktikan kelumpuhan fungsi Jabatan Kastam dan Jabatan Hidupan Liar.

29 comments:

  1. This time Sandakan was also listed as dirtiest town.

    ReplyDelete
  2. harap pekara ini akan dapat diperbaiki.

    ReplyDelete
  3. Kenapa pula?Macam macam nama diberi untuk Sandakan ni.

    ReplyDelete
  4. Dulu sy tingal disandakan tidak pula terhidu bau busk...

    ReplyDelete
  5. Masa berlalu keadaan juga berubah, tapi jika berubah untuk keburukkan itu sesuatu yang tidak sepatutnya menjadi kebangaan. Oleh sebab itu Sandakan harus bertindak sebelum keadaan menjadi parah.

    ReplyDelete
  6. Who are we to blame for what has become to Sandakan??? Of course the people there themselves especialy the PATI.

    ReplyDelete
  7. They should organize a "gotong-royong" to clean up the town. And, MPS there should change the way they administrate Sandakan especially in solving the issues Sandakan people are facing.

    ReplyDelete
  8. bagaimana lebih 100 buruh kasar berkhidmat tapi kebersihan masih tidak terjaga? adakah mereka tidak menjalankan tugas atau kerja sambil lewa?

    ReplyDelete
  9. harap pihak MPS segera bertindak dan perbaiki kelemahan dalam urusan pentadbiran. pasti penduduk tidak mahu Sandakan mendapat imej yang buruk di mata pelancong asing. jadi, segeralah lakukan apa yang patut.

    ReplyDelete
  10. MPS sila bertindak. Jangan makan gaji buta. Tingkatkan prestasi kerja supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik di Sandakan. Masyarakat Sandakan pun perlu ambil peranan. Bersama-sama menjaga kebersihan. Anjurkan gotong-royong. BUat inisiatif sendiri.

    ReplyDelete
  11. Aiks, mcm mana Sandakan boleh dapat gelaran ni?? hhmmm...

    ReplyDelete
  12. Lama dah tak balik Sandakan. Dulu Sandakan tidaklah sekotor mana walaupun ada sampah juga lah kelihatan:P Hal ini menyedihkanlah:(

    ReplyDelete
  13. Pihak berkuasa seharusnya memberi perhatian serius tehadap hal ini. Janganb dibiarkan saja nanti makin 'berbau' pula.

    ReplyDelete
  14. Selain dari pihak berkuasa, masyarakat tempatan pun haruslah jaga kebersihan. Jangan asyik tunding jari kalau diri sendiri tak jaga kebersihan. hihi

    ReplyDelete
  15. jadi pengganti Yeo itu harus digantikan dengan individu yang boleh melakukan kerjanya dengan cemerlang..

    ReplyDelete
  16. kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama..masyarakat sandakan itu sendiri haruslah sedar akan peri pentingnya menjaga kebersihan bandar..

    ReplyDelete
  17. pihak MPS harus mencari formula bagaimana untuk menjadikan bandar sandakan sebagai sebuah bandar yang bersih dan senang untuk didiami..

    ReplyDelete
  18. kebersihan kawasan menunjukkan kebersihan penduduknya..hal ini harus diatasi segera kerana jelas mencemarkan imej negeri khasnya di mata pelancong.

    ReplyDelete
  19. rasanya mungkin patut presiden MPS ditukar.. sebelum inipun sudah banyak aduan dan kritikan ditujukan kepada MPS oleh orang awam dan media.

    ReplyDelete
  20. sungugh memalukan jika mendapat gelaran bandar terkotor dan terbusuk, MPS seharusnya menitik beratkan kebersihan bandar mereka.

    ReplyDelete
  21. Sandakan Municipal Council should do something about this.

    ReplyDelete
  22. MPS harus memastikan bandaraya Sandakan dalam keadaan yang bersih.

    ReplyDelete
  23. Lots of attractions in Sandakan will be tarnished if there is nothing to be done to rectify the problem.

    ReplyDelete
  24. Blaming others will not be the best solution.

    ReplyDelete
  25. Kebersihan harus diutamakan kalau tidak nama baik Sandakan akan terjejas..pihak berkuasa dan penduduk setempat harus bertindak segera untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  26. Janganlah tunggu sampai terdapat kritikan dari pelancong-pelancong asing baru nak bertindak.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum dan salam sejetera apa ke masalah bau ni sudah selesai?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum dan salam sejetera apa ke masalah bau ni sudah selesai?

    ReplyDelete