Thursday 9 June 2011

SANSEH TIADA NIAT JADI CALON PRU 13



Oleh: HJ. WAHAB TIMPAI.

MANTAN Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat, Sanseh Kalingou tidak berhasrat untuk bertanding di kawasan DUN Melalap pada PRU 13 akan datang.

Sebaliknya, beliau hanya membantu jentara parti Pakatan Rakyat yang bertanding di kerusi Parlimen dan dua kawasan DUN, Kemabong dan Melalap untuk mempastikan calon-calon dari Pakatan Rakyat menang pada PRU 13.

Beliau juga menasihatkan rakan-rakan seperjuangan dalam pembangkang supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan perpecahan dalam parti itu sendiri.

Ketika ditanya oleh Sabahkini.net, kenapa selepas bersara terus menyertai PKR, beliau hanya berkata, semasa berkhidmat sebagai penjawat awam, beliau sudah menjadi ahli UMNO di kawasan Keningau, namun, setelah bersara kawan-kawan dalam Umno-BN di Tenom terus meminggirkan beliau lalu terus mengambil keputusan keluar dari Umno dan masuk PKR.

“Saya selesa berada di PKR kerana ramai pemimpin Veteran yang berpengalaman termasuk Ketua Cabang PKR Tenom, Datuk Halik Zaman yang terus membimbing saya sehingga menghantar berkursus untuk mempelajari formula dalam arena politik,” jelas Sanseh.

Sanseh kini menjadi anak didik politik Halik Zaman sebagai gandingan beliau di kawasan Tenom dan ramai lagi pemimpin veteran dalam PKR, walaupun bekas Timbalan Ketua Cabangnya, Lampag Kurias keluar dan masuk semula kepada UMNO.

Ketiadaan Lampag, PKR Tenom ibarat hanya kehilangan wang satu sen yang kurang nilainya, tetapi mendapat wang yang bernilai ratusan ringgit apabila mantan Penolong Pengarah Bomba, Sanseh Kalingou masuk PKR.

14 comments:

  1. Good for him.

    ReplyDelete
  2. Alasan beliau adalah atas masalah peribadi dengan ahli UMNO lain.

    ReplyDelete
  3. Kita diluar dari kawasan keningau hanya mampu memnbaca artikel2 seperti ini, akan tetapi kita tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  4. Up to him.. maybe he is not ready yet.

    ReplyDelete
  5. dari dia saja samada nak jadi calon atau tidak.

    ReplyDelete
  6. itu adalah hak dia sendiri sama ada mahu menjadi calon atau tidak.

    ReplyDelete
  7. kini semua parti sibuk untuk mendapatkan sokongan rakyat. apa pun rakyat perlu bijak menilai.

    ReplyDelete
  8. Aiseh pure2 kenen...Mulut kata lain, dalam hati siapa yg tahu..betul kan?

    hehe tapi apa2 pun harap pada pilihanraya yg akan datang, rakyat akan memilih calon yg terbaik & sepatutnya...

    ReplyDelete
  9. kalau dia layak menjadi calon, apa salahnya juga..

    ReplyDelete
  10. Belum sampai seru untuk bertanding lagi..

    ReplyDelete
  11. boring sudah saya dengar ayat rasmi PKR setiap kali ahlinya keluar parti.. pasti kononnya kehilangan ahli itu tidak memberi kesan kepada parti malah konon menguatkan parti.. pehh

    semasa menjawat jawatan kerajaan, sudah tentulah Sanseh menyokong umno. bila sudah pencen kutuk umno pun tidak apa sebab sudah tidak ada apa2 kepentingan dalam jabatan kerajaan..

    ReplyDelete
  12. "..setelah bersara kawan-kawan dalam Umno-BN di Tenom terus meminggirkan beliau lalu terus mengambil keputusan keluar dari Umno dan masuk PKR."

    Ini ayat macam double meaning. Kenapa kena pinggir? Huhu.

    ReplyDelete
  13. Baguslah kalau tidak ikut bertanding kurang juga saingan. Semoga PRU 13 ini berjalan dengan aman nanti.

    ReplyDelete