Sabahkinitv Production

Loading...

Friday, June 24, 2011

SEDIAKAN PENGAWAL KESELAMATAN TERLATIH


IRING...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Kapten (B) Najmuddin Mohd Ibrahim (kanan) bersalaman dengan sebahagian tetamu khas sempena majlis itu di Pusat Latihan RELA Jalan Sulaman Kg Gayang, Tuaran.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SYARIKAT-SYARIKAT Perkhidmatan Kawalan Keselamatan disaran memainkan peranan lebih proaktif menyahut seruan kerajaan menyediakan tenaga kawalan keselamatan terlatih serta diiktiraf Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) dan Keselamatan Dalam Negeri.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menjelaskan perkara itu amat penting bagi memastikan para pengawal yang diambil berkhidmat benar-benar terlatih serta memenuhi tahap keperluan industri keselamatan berkualiti.

Katanya, penstrukturan gaji oleh Kementerian Sumber Manusia kepada anggota keselamatan merupakan berita baik untuk anggota keselamatan dan ianya perlu seiring kualiti kerja kawalan keselamatan.

Nasir berkata, penglibatan penduduk tempatan mengisi keperluan tenaga kerja dalam industri keselamatan ini pada masa sekarang semakin positif kerana tiada syarikat kawalan keselamatan menggaji rakyat yang bukan warganegara.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan Penutupan Kursus Asas Pengawal Keselamatan Siri 2/2011 di Pusat Latihan RELA Kampong Gayang, Tuaran.

PERIKSA....Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Kapten (B) Najmuddin Mohd Ibrahim (kiri) memeriksa barisan kawalan keselamatan sempena majlis itu di Pusat Latihan RELA Tuaran.

Kursus anjuran bersama Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) itu disertai 200 orang anggota kawalan keselamatan daripada 27 buah syarikat perkhimatan kawalan keselamatan.

Hadir sama sempena majlis itu Pengarah Urusan Securido Guard Services Sdn Bhd, Kapten (B) Najmuddin Mohd Ibrahim mewakili Presiden PPKKM; wakil-wakil daripada Keselamatan Dalam Negeri dan syarikat kawalan keselamatan.

Sehubungan itu Dato Sri Nasir menekankan bahwa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Agensi Persendirian 1971 perlu melihat kewajiban mereka sebagai suatu obligasi yang tidak berorientasikan keuntungan komersial semata-mata, sebaliknya memberi impak sosial yang tinggi.

Selain itu katanya lagi, disiplin petugas keselamatan juga wajar dipantau dan sentiasa ditekankan oleh pihak pengurusan syarikat.

10 comments:

  1. Memberi latihan kepada petugas kawalan keselamatan memang wajar. Harap2 gaji pun wajar juga.

    ReplyDelete
  2. Hope that everything goes well.

    ReplyDelete
  3. Memang patut pengawal keselamatan terdiri daripada mereka yang terlatih saja.

    ReplyDelete
  4. harap2 pengawal keselamatan dapat memperlihatkan kualiti kerja yang baik setelah mendapat latihan.

    ReplyDelete
  5. pengawal keselamatan perlulah diberikan latihan agar mereka menunjukkan hasil kerja yang berkualiti.

    ReplyDelete
  6. pengawal keselamatan perlulah terlatih, tugas mereka ni bukan mudah mereka kena bersedia menghadapi sebarang ancaman.

    ReplyDelete
  7. bukan sahaja terlatih malah muda, sihat dan cergas..

    ReplyDelete
  8. memang patut pun terlatih. Sekurang-kurangnya dapat juga membendung perkara2 yang tak diingini.

    ReplyDelete
  9. Tapi kalau dah terlatih tu, make sure gajinya pun kena up juga. hehe

    ReplyDelete
  10. Ya, disiplin petugas keselamatan harus dipantau dari masa ke semasa dan ianya haruslah ditekankan oleh pihak pengurusan syarikat.

    ReplyDelete