Wednesday 8 June 2011

SEKALI LAGI UMNO TENOM TIPU MUSA AMAN



TIPU…..Ahony Ambalau (kanan) dan Ronly Salim menyifatkan Umno Tenom menipu Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah untuk meneruskan survival politik mereka.

Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.

TIMBALAN Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahony Ambalau menafikan laporan akhbar bahawa Sangkar Ipun adalah ahli PKR dan menyertai Umno-BN baru-baru ini.

Sangkar sebenarnya masih ahli Umno kerana beliau masih lagi menyandang jawatan selaku Pengerusi Jawataankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung Marais, Tomani Kemabong.

Oleh kerana pemimpin Umno di Kemabong yang diketuai oleh wakil rakyatnya, Datuk Rubin Balang tidak lagi mendapat sokongan orang Murut di kawasan Kemabong, kata Ahony, maka mereka terpaksa membuat lakonan untuk meminta perhatian daripada Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, AJK cabang PKR Tenom, Ronly Salim, menyifatkan Umno Tenom sudah dalam keadaan tenat, sehingga para pemimpinnya sanggup memperdayakan Musa Aman kali kedua selepas kes Lampag Kurais.

Umno Tenom, khususnya kawasan Kemabong sanggup memperbodohkan rakyatnya sendiri, hanya semata-mata kepentingan diri sendiri.

Menurut Ronly Salim lagi, ahli PKR tetap terus taat kepada PKR dan tidak sekali-kali berpatah balik masuk semula ke dalam Umno.

“Kami kenal orang yang telah masuk keadilan dan Sangkar adalah masih lagi dalam Umno. Ini satu pembohongan ketara dan gimik bodoh politik,” ujar Ronly lagi.

Beliau dan beberapa rakan seperjuangan dalam PKR kini berada di Kota Kinabalu menjalani kursus untuk Pilihan Raya Umum ke-13 .

25 comments:

  1. permainan politik mmg bermacam macam.

    ReplyDelete
  2. inilah politik. tidak tahu pula siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak.

    ReplyDelete
  3. apa pun, setiap individu perlu bijak menilai siapa yang patut disokong.

    ReplyDelete
  4. jika tidak mendapat sokongan penduduk, wakil rakyat sepatutnya tahu puncanya. mungkin masalah tersebut berpunca daripada diri sendiri dan usahakanlah untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

    ReplyDelete
  5. 'AJK cabang PKR Tenom, Ronly Salim, menyifatkan Umno Tenom sudah dalam keadaan tenat'

    nnti masa PRU kita tau siapa yang dalam keadaan tenat.

    ReplyDelete
  6. Inilah dunia politik, apa sahaja boleh berlaku. Tidak kira satu kaum tetap akan bermusuhan jika ada yang tidak berpuas hati.

    ReplyDelete
  7. Rakyat kena pintar memilih siapakah yang benar2 layak untuk memimpin.

    ReplyDelete
  8. Lebih banyak isu penting yang harus difokuskan.

    ReplyDelete
  9. Tunggu dan lihat keputusan PRU 13 nanti. Buat masa sekarang, rancanglah strategi parti masing2. Perjuangan biarlah ikhlas dan bukan untuk kemenangan semata-mata.

    ReplyDelete
  10. Peristiwa ini sudah boleh memberi gambaran siapakah yang akan mengunguli PRU13 itu nanti.

    ReplyDelete
  11. Rakyat kena berhati2 membuat keputusan.

    ReplyDelete
  12. "..Menurut Ronly Salim lagi, ahli PKR tetap terus taat kepada PKR dan tidak sekali-kali berpatah balik masuk semula ke dalam Umno."

    jangan terlalu yakin...ramai juga ahli PKR yang sudah meninggalkan PKR..

    ReplyDelete
  13. masuk lompat perkara biasa dalam politik..tidak payah diperbesarkan kerana bukannya memanfaatkan rakyat..

    ReplyDelete
  14. lagipun rakyat tidak kisah siapa yang betul siapa yang salah..yang rakyat kisah adalah isu2 rakyat yang belum lagi diselesaikan..

    ReplyDelete
  15. apa2 pun, rakyat harus bijak menilai dan memilih wakil mereka pada pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  16. Aiks politik memang memeningkan kepala. Ada saja hal yang timbul.

    ReplyDelete
  17. Sukar nak tentukan cerita yang benar atau sebaliknya. Jadi rakyat kena lebih berhati-hati agar tidak tersalah nilai.

    ReplyDelete
  18. Jangan hanya tahu cakap parti lain tenat... Renung2 kanlah juga parti sendiri.

    ReplyDelete
  19. Lebih baik semua pihak yang mahu bertanding tumpoukan pada usaha menambat hati rakyat dan bukannya asyik cakap besar saja.

    ReplyDelete
  20. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  21. Lie or not lie, only they know for themselves.

    ReplyDelete
  22. kalau mahu jawapan yang paling tepat tanya Sangkar Ipun sendiri...

    ReplyDelete
  23. Itu sudah semestinya. Tipu atau tidak yang pasti ada ahli baru yang menyertai UMNO.

    ReplyDelete
  24. Rasanya ini pasti benar, jika tidak kenapa PKR perlu menafikannya. Kerana mereka takut reputasi Parti itu jatuh.

    ReplyDelete
  25. I'm sure Musa Aman still have other supporters besides Umno Tenom.

    ReplyDelete