Wednesday 1 June 2011

SEMAKIN BANYAK NKRA BERPENYAKIT?



KECEWA.......Marius (memegang surat) kesal dan kecewa sikap ADUN Labuk yang menyebabkan beliau kebingungan kerana bimbang dengan kemarahan penduduk kampung akibat projek berkenaan dipindah ke kampung lain.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PADA mulanya penduduk Kampung Lomou, Telupid sangat berterima kasih kepada Wakil Rakyat Labuk, Datuk Seri Micheal Asang kerana telah meluluskan projek menaik taraf Jalan Pekebun Kecil Lomou Manisukang, Telupid sejauh 6. Kilometer.

“Kami, selaku penduduk kampung seramai 300 orang gembira apabila mengetahui kerajaan telah meluluskan projek naik taraf jalan kampung kami. Inilah rahmat yang kami tunggu-tunggu selama ini,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Lomou, Marius Samidau, 46, yang mendedahkan hal ini kepada Wartawan Sabahkini.Net semasa membuat tinjauan ke kampungnya kelmarin.

Namun kata Marius, seminggu sebelum kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut bakal dilaksanakan kontraktor, Michael Asang mengumumkan dalam satu perjumpaan di balairaya kampung berkenaan yang dihadiri 200 penduduk, projek berkenaan akan dialihkan ke kawasan lain yang lebih memerlukan jalan berkenaan.

“Kami betul-betul terperanjat bila mendengar kenyataan yang diumumkan sendiri oleh Datuk Michael. Saya cakap dengan Ketua Kampung, apa sudah jadi? Saya kesal kerana Adun kami sanggup berbuat demikian,” jelas Marius dengan perasaan sedih dan terkesima dengan senario berkenaan.

Sebagai Pengerusi JKKK yang menjaga kebajikan seramai 300 penduduk di kampung Lomou, kata Marius, beliau ditempelak penduduk kampung akibat kelancangan dan ketidak prihatinan wakil rakyat mereka yang disifatkan merampas hak mereka.

Menurut Marius, beliau hairan dengan sikap Adun Labuk yang tidak menyatakan alasan munasabah kenapa peruntukan yang dijanjikan untuk kampung Lomou dipindahkan ke kampung lain sedangkan tender dibuka untuk kampung Lomou.

“Inikah harga yang terpaksa kami bayar? Saya bimbang penduduk kampung ini akan mengalihkan sokongan kepada pembangkang dan amat sukar bagi kita untuk memujuk mereka mengundi calon BN kerana kecewa dengan tindakan Datuk Michael. Kita harap agar projek berkenaan dikembalikan ke kampung ini,” kata Marius lagi.

Tambah Marius lagi, projek ini sebenarnya adalah salah satu contoh projek NKRA yang berpenyakit kerana dilaksanakan di bawah Projek JALB Negeri Sabah Di Bawah Program NKRA yang disalurkan melalui Kementerian Infrastruktur Sabah.

14 comments:

  1. Hope that the government will make sure that the NKRA's are implemented properly that can bring benefits to the people.

    ReplyDelete
  2. Investigate what happens to these NKRA.

    ReplyDelete
  3. Sudah pasti ini penyakit adalah dari kontraktor yang berpenyakit. Mereke yang membuat segala kerja, saya pasti semua peruntukan sudah diberikan kepda mereka.

    ReplyDelete
  4. Satu lagi kes yang melibatkan wakil rakyat. Seharusnya tindakan dikenakan kepada wakil2 rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka.

    ReplyDelete
  5. "PADA mulanya penduduk Kampung Lomou, Telupid sangat berterima kasih kepada Wakil Rakyat Labuk, Datuk Seri Micheal Asang kerana telah meluluskan projek menaik taraf Jalan Pekebun Kecil Lomou Manisukang, Telupid sejauh 6. Kilometer".

    Aik??? Sudah diluluskan? tapi kenapa tempat lain pla tu projek.

    "Menurut Marius, beliau hairan dengan sikap Adun Labuk yang tidak menyatakan alasan munasabah kenapa peruntukan yang dijanjikan untuk kampung Lomou dipindahkan ke kampung lain sedangkan tender dibuka untuk kampung Lomou".

    Saya heran juga. Peruntukan & tender untuk Kg Lomou. Tapi projek kg lain. Biar betul ni wakil rakyat ni. Ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ni. Penduduk kg Lomou perlu mendapat penjelasan yang lebih munasabah dan mendapat pembelaan.

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya, bukan NKRA yang berpenyakit tapi orang yang mengurus projek tersebut yang berpenyakit.

    ReplyDelete
  7. sebaiknya projek2 NKRA ni perlu diselesaikan dengan sempurna kerana ini boleh mempengaruhi sokongan rakyat pada pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  8. sepatutnya, kalau projek itu sudah diperuntukkan/diluluskan untuk Kg.Lomou, projek itu tidak boleh lagi dipindahkan ke kawasan lain.

    ReplyDelete
  9. patut berikan penjelasan yang bernas jika nak pindahkan projek.

    ReplyDelete
  10. penjelasan diperlukan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  11. Agree with Azman. Explanation is needed to clarify this matter.

    ReplyDelete
  12. Its not right to transfer the project to another village without any explanation given. No wonder the villagers are mad.

    ReplyDelete
  13. memang betul la projek ni berpenyakit.. sepatutnya projek yang sudah diluluskan itu adalah menjadi hak penduduk kampung yang memohonnya. bagaimana projek itu boleh bertukar tangan sekelip mata?? walaupun kampung lain lebih memerlukan, tetapi keutamaan sepatutnya diberikan kepada pihak yang lebih dulu memohon.

    ReplyDelete
  14. Perkara ini perlu diambil perhatian. Peruntukkan yang diberikan seharusnya dilaksanakan dengan baik.

    ReplyDelete