Thursday 16 June 2011

SESB BERJAYA ATASI KRISIS BEKALAN ELEKTRIK



SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) percaya, penyisihan beban muatan kuasa elektrik akan menjadi perkara lepas bagi Sabah bermula tahun ini berikutan prasarana dan kapasiti penjanaan kuasa yang semakin bertambah baik.

Penyisihan beban muatan kuasa elektrik adalah langkah terakhir yang digunakan oleh syarikat utiliti kuasa untuk mengelakkan bekalan eletrik terputus sepenuhnya.

Bekalan elektrik terputus sepenuhnya biasanya berlaku apabila permintaan elektrik melebihi keupayaan bekalan kuasa bagi rangkaian itu.

Pengurus Besar SESB (Operasi Sistem), Addie Ahmad berkata, sebelum ini masalah kehilangan kuasa di seluruh Sabah, terutamanya di pantai timur adalah disebabkan bekalan kuasa yang tidak mencukupi bagi menampung permintaan.

Bagaimanapun, SESB mula menangani masalah itu sejak Jun tahun lepas. Sekarang, kapasiti dipasang bagi 19 stesen janakuasa di seluruh Sabah ialah kira-kira 1276.40 Megawatt (MW), dengan kapasiti pada 1171.3MW.

"Kapasiti penjanaan kuasa kami bertambah baik, terutamanya apabila Stesen Janakuasa Rugading dengan kuasa 190MW di Sepanggar, yang dimiliki oleh penjana kuasa bebas, selesai sepenuhnya pada April.

"Kini kami menjangka penyisihan beban muatan kuasa akan menjadi minimum. Kami mahu melihat kepada masalah tempatan. Sebagai contoh, mengenal pasti masalah pembahagian kuasa disebabkan oleh faktor-faktor luar seperti wayar yang putus disebabkan pokok tumbang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Muatan Kuasa Sabah di Penampang, kelmarin.

Sembilan belas stesen janakuasa di Sabah dimiliki sama ada oleh SESB atau Penjana Kuasa Bebas.

Addie berkata, prasarana bekalan kuasa Sabah meningkat pada purata tujuh hingga lapan peratus setiap tahun, petunjuk baik berbanding sesetengah negara maju yang telah mencapai potensi penuh mereka dan tidak berubah.

Di masa depan, Addie berkata SESB akan melihat kepada gabungan sumber penjanaan kuasa yang berbeza.

"Kami melihat kepada sumber kuasa paling ekonomi dan mesra alam sekitar seperti hidro," katanya.

Ditanya mengenai cadangan stesen janakuasa geoterma yang dicadangkan oleh sebuah syarikat dua tahun lepas, Addie berkata mereka tidak mendengar sebarang perkembangan terkini mengenai projek itu.

Idea janakuasa geoterma kali pertama diilhamkan pada Ogos 2009 apabila Sabah dilaporkan mengkaji kemungkinan memanfaatkan tenaga geoterma dari kolam air panas di pantai timur Tawau. (BERNAMA)

15 comments:

  1. Keep it up and all the best.

    ReplyDelete
  2. Harap SESB akan berusaha lagi untuk memastikan maslaah bekalan elektrik dalam kawalan.

    ReplyDelete
  3. harap bekalan elektrik terputus tidak akan kerap berlaku lagi.

    ReplyDelete
  4. Sentiasa tingkatkan mutu perkhidmatan dan kerja agar lebih banyak kesan positif yang diterima oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  5. "Kami melihat kepada sumber kuasa paling ekonomi dan mesra alam sekitar seperti hidro," katanya."

    Pendekatan sebeginilah yang wajar diambil. Harap ianya berjaya.

    ReplyDelete
  6. Akhir2 ni pun saya perasan juga, jarang2 ada ganggun elektrik & kerap kali saya nampak juruteknik2 SESB menyelenggara wayar atau pencawang elektrik...

    keep up the good work SESB:)

    ReplyDelete
  7. saya harap tahun ini dan tahun2 seterusnya keadaan akan bertambah baik dan tidak ada lagi aduan mana2 pihak berkenaan dengan masalah elektrik di negeri ini.. tahniah dan teruskan usaha!!

    ReplyDelete
  8. usaha untuk menyediakan bekalan tenaga yang mencukupi perlu sentiasa dibuat.

    ReplyDelete
  9. Tahniahlah kepada SESB jika berjaya menangani masalah eletrik yang selalu berlaku.

    ReplyDelete
  10. bgslah dgn ini masalah gangguan elektrik di Sabah dpt dikurangkan.

    ReplyDelete
  11. SESB has done a magnificent job in improving the power shortage in Sabah.

    ReplyDelete
  12. Namun masih banyak lagi yang harus diperbaiki.

    ReplyDelete
  13. Thank you SESB for listening to us.

    ReplyDelete
  14. The capacity is out from our hand.

    ReplyDelete