Wednesday 1 June 2011

SIAPA AKAN HAPUSKAN WAJAH KEMISKINAN DI TELUPID?



KEMISKINAN.....Ahmad dan Jawai bersama Ketua Cawangan UMNO Kg Taviu, Luko Gambut (Bertopi) bergambar di hadapan rumah Gambut yang agak usang, melambangkan warna-warni kemiskinan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Cawangan UMNO Kampung Taviu, merangkap Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Taviu Masumbak, Telupid; Luko Gambut merayu kerajaan Barisan Nasional, khususnya Adun Labuk, Datuk Seri Micheal Asang dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee agar dapat menyalurkan beberapa buah projek perumahan di bawah program PPRT di kawasan Kampung tersebut.

Kata Luko, 60 peratus penduduk di kampung tersebut adalah miskin tegar dan tidak mampu untuk membina semula rumah mereka yang dimamah usia dan menunggu saat menyembah bumi.

“Sebagai Ketua Cawangan UMNO dan Timbalan Pengerusi JKKK Kampung ini, saya sering menjadi sasaran penduduk kampung kerana mereka sering mengeluh dan merintih disebabkan tidak mendapat pembelaan daripada wakil rakyat, sekurang-kurangnya bagi mendapatkan rumah baru,” ujarnya.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke kampung tersebut, wartawan sempat menemui sepasang suami isteri, Gambut@ Ahmad Tajudin bin Abang, 65 dan isterinya, Jawai Kelidon, 60, semasa diwawancara antara lain menjelaskan;

“Kami ini memang penyokong BN. Kami tidak pernah tinggalkan BN (PBS), tapi apa yang kami dapat? Sudah juga kami jumpa dengan pegawai-pegawai Wakil Rakyat, tapi mereka kata, tunggu sajalah. Tapi sampai bila? Tengoklah rumah kami, mungkin lebih ‘duluan jalan’ (roboh atau mati) daripada kami,” kata Ahmad dengan nada suara yang amat memilukan.

Menurut Ahmad, beliau sekeluarga bukan mengemis simpati atau wang daripada Wakil Rakyat, tetapi cukup sekadar mendapat sebuah rumah yang selesa (PPRT) kerana tenaga tua mereka tidak mampu untuk membina atau menggantikan rumah usang yang sedia ada.

“Saya bagi pihak penduduk kampung Taviu mengucapkan terima kasih kepada Sabahkini.Net walaupun jauhnya berpuluh-puluh batu daripada Sandakan masih sanggup datang kemari semata-mata hendak mengetahui masalah di kampung kami,” ujar Luko yang sedih menahan sebak.

Kata Luko, beliau tidak menafikan ada juga wartawan yang masuk ke kampung mereka tetapi hanya membuntut wakil rakyat sahaja. Kalau setahun ADUN dan Ahli Parlimen tidak melawat kampung mereka, maka selama setahun itu jugalah mereka tidak nampak batang hidung wartawan yang menggalio kehidupan sukar mereka di kala Sabah hampir menginjak setengah abad merdeka.

“Saya hairan kerana wartawan Sabahkini.net masuk senyap-senyap dan buat penyelidikan sebelum jumpa kami untuk mendapat pengesahan. Inilah baru Media 1Malaysia,” kata Luko menampilkan wajah agak ceria kerana menaruh harapan yang tinggi kepada Sabahkini.net.

14 comments:

  1. Sabahkini was able to help these villagers convey their needs to the public. Hope that the government will hear their voices.

    ReplyDelete
  2. Good luck, carry on with your work, Sabahkini.

    ReplyDelete
  3. Wakil rakyat dikwasan tersebut harus dipanggil untuk membuat penjelasan. Pihak atasan harus mengambil tindakan keatas beliau kerana beliau tidak melaksanakan tugas dengan baik dan gagal untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada penduduk yang terang2an adalah tugas beliau sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  4. Jika boleh kita minta Sabahkini mendapatkan wakil rakyat dikwasan tersebut untuk memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  5. 60%? banyak juga tu. Itu wakil rakyat pergi mana? Macam mana jadi wakil rakyat kalau tidak dapat tolong rakyat di kawasan yang diwakili.

    ReplyDelete
  6. Baik tukar saja tu wakil rakyat.

    ReplyDelete
  7. bantulah penduduk yang miskin tersebut.

    ReplyDelete
  8. usaha untuk membasmi kemiskinan perlu sentiasa dilakukan sepanjang masa. usaha dari semua pihak diperlukan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  9. harap wakil rakyat di daerah Telupid ni sensitif dengan keperluan penduduk dan selalu meninjau di kawasan kampung kerana memang ini tugas sebagai wakil rakyat. jangan asyik mengejar kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  10. sebaiknya buatlah jadual untuk melawat setiap kampung di daerah yang diwakili agar dapat mengetahui keadaan sebenar penduduk.

    ReplyDelete
  11. NKRA berpenyakit di sabah...sebabnya YB2 tutup mata..

    ReplyDelete
  12. terbukti bahawa wakil rakyat di kawasan tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik..

    ReplyDelete
  13. penduduk yang tidak berkemampuan seperti Ahmad Tajudin sepatutnya layak malah didahulukan dalam menerima bantuan PPRT.. saya harap permintaan beliau ini dapat ditunaikan oleh kerajaan setelah luahan beliau di siarkan oleh Sabahkini..

    ReplyDelete
  14. Tukar wakil rakyat bukan satu penyelesaian. Apa yang perlu penduduk perlulah berusaha lebih untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk lari dari kemiskinan.

    ReplyDelete