Thursday 30 June 2011

SIAPA DAPAT ‘KEK’ GAS ASLI SABAH?



Oleh : MEDIA SAPP

AHLI PARLIMEN Malaysia (Sepanggar), Datuk Eric Majimbun berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak telus mengenai peruntukan sebenar dan perbelanjaan dalam Projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Beliau berkata, sehingga ke hari ini Kerajaan BN tidak memberi maklumat terperinci mengenai projek mega itu dengan melindungi jumlah peruntukan sebenar dan perbelanjaan yang telah di buat.

“Pada awalnya Kerajaan BN berkata, peruntukan bagi projek mega itu ialah RM3.2 bilion, bagaimanapun saya difahamkan bahawa peruntukan itu telah naik berlipat kali ganda,” kata Eric dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri melalui jawapan bertulis pada sidang Parlimen baru-baru ini berkata bahawa setakat ini, 81 peratus daripada 521 kilometer saluran gas projek mega itu telah siap.

Eric turut berkata Perdana Menteri juga memberitahu bahawa hampir 62 peratus peruntukan daripada Petronas telah dibelanjakan.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyatakan jumlah peruntukan sebenar,” kata Eric yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Menurut Eric, Perdana Menteri seterusnya memberitahu bahawa projek mega itu dijangka mula beroperasi pada 2013.

Katanya, Perdana Menteri turut memberitahu bahawa setakat 1 Januari 2011, Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 2 bilion tong yang boleh bertahan selama 33 tahun.

Perdana Menteri turut memberitahu bahawa Sabah juga mempunyai simpanan gas asli sebanyak 12 trilion kaki padu yang boleh bertahan selama 30 tahun.

Eric berkata, keengganan Kerajaan BN memperincikan peruntukan sebenar mengenai projek mega itu menunjukkan bahawa hak rakyat Sabah terhadap sumber yang dikeluarkan di negeri sendiri telah diketepikan.

Katanya, hak rakyat Sabah untuk menggunakan hasil sumber itu untuk keperluan negeri ini untuk menjana tenaga supaya kadar tarif letrik dapat dikurangkan juga telah dinafikan.

Beliau berkata, Kerajaan hanya mementingkan segelintir penyokong BN dan hak rakyat Sabah diketepikan.

Katanya, Kerajaan BN sepatutnya sedar bahawa Sabah adalah negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin di negara ini.

“Laporan yang dikeluarkan agensi kerajaan menunjukkan terdapat 5,988 keluarga miskin tegar di Sabah manakala miskin seramai 30,745 keluarga. Manakala jumlah miskin mudah seramai 14,223 keluarga termasuk 3,203 lagi keluarga.

“Jumlah mereka yang telah mendaftar dengan e-kasih ialah seramai 53,982 keluarga, bagaimanapun masih ramai lagi yang belum mendaftar khasnya rakyat di pedalaman yang hidup kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang,” katanya.

16 comments:

  1. Jadi, berapa sudah duit rakyat dibelanja?

    ReplyDelete
  2. Daripada projek ni apa yang Sabah dapat

    ReplyDelete
  3. tunggu sajalah penjelasan lanjut berhubung dengan pekara ini...

    ReplyDelete
  4. Sabah seharusnya dpt setimpal dgn apa yang dihasilkan.

    ReplyDelete
  5. Harap ada penjelasan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  6. Biar sama2 senang, rakyat dan pemimpin. Macam mana nak maju kalau sentiasa ada yang suka ambil kesempatan?

    ReplyDelete
  7. Rakyat juga berhak untuk mengetahui jumlah peruntukan dan perbelanjaan sebenar SSGP.diharap tiada yang diselindungkan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  8. Alangkah baiknya jika Sabah dapat menikmati hasil minyaknya sendiri. pasti Sabah tak akan menjadi negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Apa pun sumber minyak sabah untuk Sabah, sebaiknya royalti untuk Sabah haruslah tinggi berbanding sekarang. Ini kerana dengan royalti tersebut, kerajaan negeri boleh mengunakan royalti itu untuk membantu membangunkan sabah, terutama sekali untuk golongan miskin tegar.

    ReplyDelete
  10. saya dengar banyak peluang pekerjaan disediakan apabila SOGT ini siap dibina kelak...Pandai2 la orang2 Sabah ambil peluang di depan mata ini...

    ReplyDelete
  11. mungkin pengeluaran minyak dan gas Sabah akan terjejas... kebocoran paip ditengah jalan!! Tahun 2017, telega minyak dan gas Sabah akan menjadi kering jika BN terus memerintah?

    ReplyDelete
  12. Lagi persoalan timnul. Entah bila baru ada jawapan. huhu

    ReplyDelete
  13. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya sekaligus dapat diperjelaskan pada rakyat hal sebenar.

    ReplyDelete
  14. The natural gas factory should be set up in Sabah. Let Sabahan process our own natural gas.

    ReplyDelete
  15. kerajaan sudah jelaskan peruntukkan projek itu ialah 3.2 bilion. jika ada pihak yang cakap peruntukan itu naik berlipat kali ganda, tolong jelaskan juga dari mana mereka dapat maklumat itu..

    ReplyDelete
  16. bagaimana Eric tahu ramai lagi yang belum mendaftar dalam e-kasih? kalau beliau tahu bermakna beliau sudahpun melakukan tinjauan. jadi kenapa beliau tidak minta maklumat semua keluarga miskin ini, kemudian serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut??

    ReplyDelete