Wednesday 22 June 2011

SIRIM BANTU INDUSTRI KOSMETIK TEMPATAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KURSUS Kesedaran Produk Kosmetik dan Toiletri anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan, Koperasi Usahawan Sandakan Berhad Daerah Sandakan dan SIRIM Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin, mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat setempat.

Program yang dijalankan sehari itu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.40 petang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar SIRIM Negeri Sabah, Haji Khairan Untoh. (gambar sisipan)

Dalam ucapannya, antara lain menjelaskan kursus yang dianjurkan ini bertujuan untuk membantu usahawan Bumiputera Sabah dalam membangunkan produk kosmetik berasaskan bahan mentah tempatan melalui teknologi, inovasi dan daya kreativiti yang tinggi.

Impak daripada usaha ini kata Hj Khairan, akan melahirkan usahawan kosmetik tempatan yang berdaya saing dan maju, serta mampu bergerak seiring dengan teknologi pasaran kosmetik terkini.

Kata Hj Khairan lagi, antara program yang pernah dijalankan di loji Pandu Kosmetik SIRIM Sabah ialah Program Pembangunan Produk Kosmetik berasaskan sumber semula jadi daripada Sabah ialah seperti Halia, Kayu Manis, Rumpai Laut, Madu dan Beras Bukit dengan gandingan kerjasama Kementerian Pembangunan dan Perindustrian Negeri Sabah (MID).

Sementara dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Koperasi Usahawan Sandakan Berhad merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Puan Noraini Sulung, menjelaskan kursus pengenalan biokosmetik dan produk semula jadi ini adalah peringkat permulaan untuk mempelajari asas pemprosesan produk kosmetik.

“Peserta yang mengikuti model pengenalan ini akan diberi penerangan secara teori dan berpeluang melihat demonstrasi produk agar lebih memahami aplikasi dalam proses pembuatan kosmetik. Program pengenalan ini juga memberi penekanan kepada peserta mengenai penggunaan bahan mentah yang sesuai,” ujar Noraini.

9 comments:

  1. Harap SIRIM dapat membantu membangkitkan industri kosmetik tempatan.

    ReplyDelete
  2. baguslah..ini diharap akan meningkatkan lagi pencapaian industri kosmetik tempatan.

    ReplyDelete
  3. kosmetik berasaskan sumber semulajadi memang lebih baik berbanding dengan produk yang bukan berasaskan sumber semulajadi. jadi, harap-harap ramai penduduk tempatan Sabah menceburi bidang ini.

    ReplyDelete
  4. Kursus ini memang berguna kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini.

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yang berminat, ambil peluang ini. Produk berasaskan semula jadi semakin mendapat sambutan sekarang.

    ReplyDelete
  6. kursus ini baik untuk meningkatkan kemahiran belia dalam kosmetik dan seterusnya meningkatkan industri kosmetik negara.

    ReplyDelete
  7. adakah kursus ini hanya untuk wanita?

    ReplyDelete
  8. Tidak salah, sesiapa pun boleh ikut krusus ini.

    ReplyDelete
  9. SIRIM cuba untuk membantu memberikan kualiti yang terbaik untuk produk kosmetik tempatan. Memastikan mengikuti kualiti yang terbaik.

    ReplyDelete