Thursday 16 June 2011

SKMM SAHKAN 41 LAMAN WEB KERAJAAN DIGODAM



SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pada Khamis bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my.

“Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain.gov.my, sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan.

“Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam.

“Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia.

“Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi.

“Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

11 comments:

  1. Orang ni tentunya tidak puas hati dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka betul pengodam ini betul-betul berani mengodam web kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Ambil iktibar daripada kejadian ini.

    ReplyDelete
  4. Sebaik-baiknya kemudahan IT ini tidak disalahgunakan.

    ReplyDelete
  5. pasti penggodam itu dapat dikesan. biar mereka dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada kemahiran tu, sepatutnya digunakan dengan sebaik2nya dan bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. harap semua laman web tersebut akan dapat dipulihkan dengan segera.

    ReplyDelete
  8. menyusahkan betul.. kalau rasa2 tindakan SKMM menyekat beberapa laman web sebelum ini itu adalah salah, kenapa tidak guna saluran mahkamah untuk mendapatkan keadilan?? nampak sangat yang penggodam2 ini sebenarnya salah tapi tidak mengaku salah sebaliknya bertindak liar..

    ReplyDelete
  9. SALURAN MAHKAMAH?? haha.. sampai 7 keturunan la takkan menang... :) MAHKAMAH MALAYSIA / DUNIA ni tak boleh pakai , siapa ADA DUIT , DIA YANG AKAN MENANG. chitpoodah. padan muka kena hack.

    ReplyDelete
  10. Nampaknya pengodam ini betul betul serius mahu mengodam semua web kerajaan Malaysia. Harap SKMM boleh mengetahui lokasi pengodam tersebut.

    ReplyDelete
  11. makin byk yg mereka godam, tindakan mereka ini hnya benar2 tidak bertangangungjawab, mereka nak musnah negara kta ke?

    ReplyDelete