Monday 13 June 2011

SYURGA MASIH JAUH



Oleh : ANA MASYHUR

SESUNGGUHNYA matlamat hidup kita adalah mengabdikan diri pada Allah swt di samping menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Kerja yang dianggap mulia yang pernah dibuat oleh junjungan besar Muhammad saw. Hidup tanpa dakwah ibarat makan tanpa lauk, tidur dalam keadaan berdiri dan berlagu tanpa irama. Sesungguhnya dakwah mempunyai kemanisan tersendiri, keseronokan yang berlainan dan keriangan jiwa.

Di Kota Kinabalu bandarnya indah, luas dan cantik. JHEAINS dan JAKIM berpusat di sana. Semua NGO juga banyak di sana. Banyak aktiviti dakwah, bimbingan kelas pengajian yang boleh kita sertai, sama ada ingin menyumbang tenaga ataupun bimbingan agama.

Namun daerah Sandakan lain ceritanya, bandar kecil yang baru hendak membangun. Jauh beratus kilometer dari Kota Kinabalu. Mempunyai pejabat JHEAINS daerah tetapi tidak mempunyai pejabat JAKIM Daerah. Tidak mempunyai sebarang aktiviti dakwah, program mahupun kelas bimbingan. Masyarakatnya tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan bimbingan dan sumber ilmu.

Masjid membuat kuliah untuk ahli masjid yang memang ahli masjid dan yang telah terbuka hatinya untuk mendekati masjid. PAS dengan programnya di pasti yang memang ahlinya adalah yang faham erti perjuangan. Bagaimana pula nasib masyarakat yang bukan ahli masjid dan bukan ahli PAS?. Bagaimana hendak menarik mereka dekat kepada Islam.

Dalam gelombang globalisasi masa kini, pengaruh tv, astro, internet,majalah dan lain-lain membuatkan ramai orang Islam yang semakin jauh daripada Islam tanpa mereka sedari.

Dalam suasana begini, tidak adanya program-program yang mendekati masyarakat, tidak ada kelas-kelas bimbingan, tidak ada teratak fitrah, tidak ada NGO yang bergerak; manakala JHEAINS lebih tertumpu pada NCR dan menguruskan hal ehwal imam-imam dan masjid. Apakah yang akan terjadi pada masyarakat Sandakan?

Sesungguhnya syurga masih jauh, masih jauh untuk diri saya dan masih jauh untuk diri masyarakat Sandakan. Sekiranya begini keadaannya, 99% masyarakat Islam Sandakan masing-masing akan menuntut sesama sendiri di akhirat kelak, “Kenapa kau tidak bawa aku dekat pada Islam masa di dunia dulu?” soalan yang sama akan ditanya kepada yang menanya. Soalan ini juga akan ditanya pada saya dan juga anda.

Bagaimana pula daerah dan kawasan selain Kota Kinabalu dan Sandakan? Adakah syurga telah hampir dengan tempat anda? Tidak ada siapa yang mengetahui, namun usaha perlu diteruskan sebagai seorang khalifah.

Apakah peranan kita sebagai umat Islam yang telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi? Yang diperintahkan ‘Ta’muruna Bil Ma’ruf, Watanhau Na A’nil Munkar’?

Marilah kita bangun bersama menjalankan tanggungjawab kita mengikut level kita masing-masing. Semoga dengan usaha kita yang sedikit dan ikhlas, akan dipandang Allah dan akan membuatkan syurga dekat dengan kita serta akhirnya diletakan di dalam syurga bersama bidadari yang telah Allah swt janjikan. Amin.

9 comments:

  1. Sincerity is very important.

    ReplyDelete
  2. Perlu ambil perhatian terhadap perkara ini. Pendidikan agama juga penting agar ilmu yang dituntut tidak terpesong daripada ajaran sebenar.

    ReplyDelete
  3. Harap isu agama tidak dipolitikkan bila perkara sebegini terjadi.

    ReplyDelete
  4. ilmu agama juga perlu sentiasa diberikan tumpuan agar menjadikan seseorang itu menjadi individu yang lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Pilihan ada di tangan anda.

    ReplyDelete
  6. program2 yang berunsur keagamaan juga penting dijalankan di kalangan masyarakat.

    ReplyDelete
  7. jika dilihatm aktiviti keagamaaan makin kurang dititikberatkan. hal2 keagamaan harus kita titikberatkan kerana ia yang akan membimbing kita ke jalan kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Memang syurga masih jauh. Tapi bila seseorang itu telah melaksanakan tugas yang diperintah oleh Tuhan dengan baik pasti syurga itu dekat.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas komen anda, semoga ia akan berkembang dari masa ke semasa...

    ReplyDelete