Wednesday 15 June 2011

TINGKATKAN MOMENTUM BN



SUMBANGAN….Lajim ketika menyampaikan kerusi roda kepada golongan kurang upaya sempana program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PEMIMPIN dan ahli-ahli parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini perlu meningkatkan momentum yang sedia ada bagi memastikan gelaran sebagai ‘Simpanan Tetap BN‘ kekal dan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, momentum ini perlu dipelihara dan dipertahankan dengan tidak membangkitkan isu yang menjejaskan kekuatan BN, seperti tuntutan kerusi bagi mana-mana parti kompenan BN untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang

“Sepatutnya kita menumpukan usaha memperkasakan parti masing-masing di samping melaksanakan tanggungjawab kepada ahli dan parti dari pada membangkitkan isu tuntutan kerusi pada pilihanraya akan datang,” katanya ketika ketika ditemui di sini selepas merasmikan ‘Program Juara Rakyat’ bagi peringkat daerah Mengundi Tempurung baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN bagi Parlimen Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas isu tuntutan dan pembahagian kerusi oleh parti-parti kompenan BN yang akan bertanding pada pilihanraya umum akan datang yang mula disuarakan oleh beberapa parti kompenan BN di negeri ini melalui media cetak.

Menurut Ahli Parlimen Beaufort, setiap parti kompenan BN berhak menyuarakan pendapat serta pandangan mereka bagi menununtut mana-mana kawasan yang bakal mereka tandingi pada pilihanraya umum akan datang, bagaimanapun katanya, kenyataan terbuka melalui media boleh mengeruhkan suasana dan boleh menjejaskan momentum perpaduan BN yang sedia ada di negeri ini.

“Isu ini sepatutnya dibangkitkan dalam perbincangan tertutup dan akan diputuskan dalam konsep serta semangat BN bila tiba masanya dibincangkan soal pemilihan calon pilihanraya umum akan datang yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sebagai Pengerusi BN,” katanya.

Sehubungan itu, katanya setiap parti kompenan BN di negeri ini perlu bersedia dalam erti kata sebenarnya dan bukan sekadar bersedia di mulut dengan mempastikan kekuatan serta sokongan rakyat sentiasa relevan dan memihak kepada BN pada pilihanraya umum akan datang

Katanya, pilihan raya umum akan datang dilihat sebagai getir dan perlu dilihat secara menyeluruh agar BN benar-benar bersedia berhadapan dengan pilihanraya umum akan datang dan kekal sebagai parti yang memerintah.

“Keadaan ini tidaklah menggambarkan bahawa BN atau UMNO sekarang berada dalam situasi lemah dan tidak kuat bagaimanapun kita perlu berkerja keras bagi mempastikan kejayaan dapat dicapai oleh BN agar perkhidmatan yang kita berikan kepada ahli dan rakyat perlu relevan dan rakyat terus menyokong BN,” tegas Lajim.

10 comments:

  1. Lebih baik janganlah mengangap Sabah sebagai simpanan tetap, tingkatkan usaha.

    ReplyDelete
  2. BN harus mendapatkan kepercayaan dan sokongan rakyat untuk menghadapi PRU-13. harga barang jangan dinaikkan secara mendadak, masalah2 jalan di kampung kena diselesaikan dan janji-janji yang sudah ditabur perlu dikotakan.

    ReplyDelete
  3. Tunaikan janji2 dan bantuan kepada rakyat, nescaya sokongan padu akan diperoleh. Rakyat sekarang semakin bijak menilai.

    ReplyDelete
  4. Dan sebarang isu yang timbul harus dibincang dalam perbincangan tertutup parti untuk mengelakkan spekulasi.

    ReplyDelete
  5. betul tu.. sepatutnya apa sahaja persoalan, konflik atau isu yang berkaitan dengan parti diselesaikan melalui perbincangan tertutup. membawanya ke media hanya memburukkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  6. teruskan usaha untuk memenuhi keperluan rakyat. itu yang penting.

    ReplyDelete
  7. BN harus memenuhi segala kehendak rakyat jika ingin rakyat terus menyokongnya.

    ReplyDelete
  8. Betul kata Lajim...Setiap permasalahn patut dibincang dgn tertutup kerana pihak pembangkang akan mengambil kesempatan jika mereka terdengar apa2 saja masalah dalaman parti...

    ReplyDelete
  9. All the best BN. Continue the effort to serve the people. Don't let them down!

    ReplyDelete
  10. Terus dan teruslah memberikan bantuan kepada penduduk. Kerana merekalah penentu kesinambungan sebagai wakil rakyat nanti.

    ReplyDelete