Monday 20 June 2011

UMNO SEBATI DENGAN DEMONSTRASI GANAS



Saudara Pengarang,

SAYA merujuk kenyataan Datuk Salleh Tun Said yang menyelar hasrat BERSIH mau menganjurkan demonstrasi aman bagi menzahirkan rasa tidak puas hati di atas sikap membisu SPR ke atas beberapa tuntutan BERSIH supaya kepincangan dalam sistem pilihanraya yang berat sebelah ditangani segera. Datuk Salleh menyifatkan demonstrasi yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini sebagai bukan budaya rakyat Malaysia.

Saya tidak terkejut dengan kenyataan dari pemimpin UMNO seperti Datuk Salleh. Beliau bukan seorang pemimpin tulen, melainkan hanya tau mengampu, membodek dan 'angkat kaki'.

Sayang, seorang yang berpendidikan tinggi seperti Datuk Salleh tidak mampu menyerlahkan daya intelektual beliau bila berhujjah. Tetapi begitulah realiti politikus Sabah, bila sudah ada jawatan, ada habuan projek bernilai ratusan juta ringgit, ada ribuan ekar kawasan balak, maka otak mereka pun jadi dungu, bengap dan jumud. Mereka mula merapu, bercakap seperti seorang budak Tadika. Memalu dan mengaibkan diri sendiri.

Saya tidak bersetuju menggunakan pendekatan demonstrasi bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Itu semua tidak perlu. UMNO telah lakukan pendekatan tersebut di Perak. Tetapi UMNO buat-buat bodoh bahawa sebenarnya merekalah yang menggunakan jalan 'huru-hara' bagi menjatuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi. UMNO juga telah lakukan pendekatan secara menipu dengan kerjasama SPR ke atas kerajaan PAS di Trengganu pada tahun 2004 yang menyaksikan PAS kalah melalui jumlah pengundi yang meningkat secara luar biasa di hampir semua kerusi DUN di Trengganu.

UMNO juga telah lakukan pendekatan ala samseng pada tahun 1978 bagi menjatuhkan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS ketika itu. UMNO juga melakukan pendekatan secara jijik dengan membeli beberapa wakil rakyat PBS bagi menjatuhkan kerajaan PBS pada 1994. Semua insiden ini telah dilakarkan dalam sejarah dan rakyat hanya perlu menelaahnya melalui bahan bacaan sama ada secara maya ataupun dalam susunan rak buku-buku diperpustakaan.

Sebelum BERSIH memutus untuk mengadakan demonstrasi aman pada 9 Julai, 2011, pelbagai pendekatan secara ilmiah dan budiman telah dilakukan oleh pihak penganjur. Berpuluh memorandum juga telah dihantar kepada SPR yang menggesa supaya kepincangan dalam sistem pilihanraya di perbetulkan.

Tetapi malangnya, sebagaimana diketahui umum, SPR adalah alat dan perkakas kepada UMNO/BN. Jadi, mana mungkin SPR bersedia untuk memperbetulkan kepincangan dalam sistem pilihanraya yang memberi kelebihan kepada UMNO. Banyak kepincangan yang dibiarkan oleh SPR seperti undi pos, media TV yang membiarkan pemimpin UMNO terus berkempen walaupun tempoh berkempen sudah tamat, penggunaan dakwat hitam di jari setiap pengundi bagi mengelakkan pengundi hantu dan juga dari mengundi dua kali, etc., etc.

Hanya setelah SPR terus membisu dan bersikap 'buat bodoh' di atas cadangan-cadangan ini, maka tiada jalan lain melainkan menzahirkan perasaan melalui demonstrasi. Itulah pilihan terakhir.

Datuk Salleh kata demonstrasi bukan budaya rakyat Malaysia. Datuk Salleh pun bukan faham sangat matlamat demonstrasi tersebut. Beliau berfikiran demonstrasi BERSIH ni macam demonstrasi yang UMNO buat, penuh dengan perbuatan ganas, mengheret kepala lembu bagi menzahirkan kebencian mereka keatas penganut agama Hindu sebagaimana yang mereka lakukan di Selangor.

UMNO anjurkan demonstrasi di Kelantan dengan menghasut orang asli menentang projek Ladang Rakyat. TV 3suku pula bersedia menjadi penyambung lidah ke atas perbuatan yang tidak bertamaddun ini dengan mencanangkannya ke seluruh negara. UMNO anjurkan demonstrasi di Pulau Pinang dengan mendapat sokongan dan dokongan PERKASA yang bersifat rasis.

Bagi Datuk Salleh, mungkin demonstrasi sebeginilah yang sepatutnya menjadi budaya rakyat Malaysia. Kalau beginilah caranya yang beliau inginkan, maka UMNO lah sebenarnya menjadi punca tercetusnya huru hara dalam negara ini.

Apakah tidak wajar UMNO ditumbangkan dalam PRU akan datang bagi merealisasikan sebuah kerajaan berteraskan ketuanan rakyat? Jawapannya ada pada setiap rakyat yang cintakan kepada demokrasi sebenar!

Salam Hormat,

IBNI ABDULLAH

12 comments:

  1. Harap demonstrasi ini diadakan dengan aman.

    ReplyDelete
  2. Bila cara halus sudah tidak boleh diguna pakai, pendekatan yang lebih agresif diambil. Mungkinkah akan ada perubahan nanti?

    ReplyDelete
  3. Apa pun terpulang dengan kerajaan untuk menangani masalah ini. Bincang cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  4. pemuda UMNO membuat bantahan terhadap perhimpunan BERSIH ini dan begitu juga dengan PERKASA yang akan membuat perhimpunan Gerak Aman pada 9 Julai nanti. rasanya pertembungan demonstrasi BERSIH dengan perhimpunan Gerak Aman akan mencetuskan kekecohan.

    ReplyDelete
  5. kalau sudah terdesak, apa cara sekali pun akan digunakan..tidak kira siapa..

    ReplyDelete
  6. wajar atau tidak, terletak di tangan pengundi..

    ReplyDelete
  7. apakah tiada cara penyelesaian lain? pihak SPR perlu mengambil tindakan sewajarnya jika benar ada kepincangan dalam sistem pilihanraya yang diguna pakai sekarang..

    ReplyDelete
  8. perhimpunan beersih ini mmg akan dibantah kerana ia hnya mengganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  9. Polis telah berkrompomi dengan mencadangkan perhimpunan itu diadakan di salah satu stadium di Selangor. tapi penganjur Bersih cakap tempat itu tidak sesuai. jadi adakah tempat yang boleh menyusahkan orang awam itu sesuai?? adakah itu yang dikatakan perhimpunan aman??

    kerajaan sudah cukup baik sehingga boleh berkompromi dengan penentang kerajaan, tetapi penentang kerajaan ini terus dengan agenda buruk mereka seolah2 Malaysia ini dia yang punya.

    ReplyDelete
  10. demonstrasi yang akan diadakan hanya menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pihak lain termasuklah pengguna jalanraya.

    ReplyDelete
  11. di Malaysia hanya ahli-ahli UMNO dan BN dan NGO-NGO ahli-ahli UMNO,BN yang boleh DEmonstrasi kerana mereka tetuan.. tunggu lah giliran PR menang dulu baru pinda ISA..

    ReplyDelete
  12. We should just wait and see.

    ReplyDelete