Wednesday 15 June 2011

USAHAWAN DIPELAWA SERTAI BIOKOSMETIK



Oleh : SHAIMON S JUMADI

KURSUS Pengenalan Kosmetik dan Toiletri anjuran bersama SIRIM Negeri Sabah, Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan dan Koperasi Usahawan Sandakan Berhad akan diadakan pada 21 Jun ini di Dewan Masyarakat Sandakan.

Program yang akan bermula pada jam 8 pagi dan berakhir 4 petang akan dirasmikan oleh Pengurus Besar SIRIM Sabah, Haji Khairan.

Pengerusi penganjur program tersebut, Nooraini Sulung (gambar sisipan) memberitahu Sabahkini.Net semalam bahawa kursus yang akan dilangsungkan sehari itu adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk menyertai kursus tersebut dialu-alukan.

Kursus yang bertemakan ‘Program Pengenalan Biokosmetik dan Produk Semulajadi’ berobjektifkan untuk membantu secara berperingkat kepada syarikat baru yang ingin menceburi industri yang berkaitan dan membantu meningkatkan kualiti produk kosmetik.

Di samping tunjuk ajar tentang kaedah pemprosesan produk kosmetik, Nooraini berkata tujuan lain ialah untuk meningkatkan kualiti produk yang sedia ada, memberi khidmat perundingan dan seterusnya memberi gambaran makro tentang industri kosmetik di Malaysia.

Para usahawan dan peniaga serta orang perseorangan di daerah Sandakan yang berminat untuk menyertai kursus tersebut dan untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai syarat-syaratnya, mereka boleh berhubung terus kepada Nooraini Sulung dengan melalui talian 019-8033711.

7 comments:

  1. Bagus juga ada program seperti ini untuk membuka minda dan memberi pengetahuan kepada usahawan dan orang ramai.

    ReplyDelete
  2. mesti ramai yang hadir ni terutama golongan wanita..

    ReplyDelete
  3. Satu peluang yang harus diguna baik oleh usahawan2 di luar sana dan juga bagi mereka yang baru ingin menceburi bidang ini.

    ReplyDelete
  4. jika kursus itu dapat dibuat diseluruh Sabah, pasti sambutannya amat menggalakkan.

    ReplyDelete
  5. kursus yang baik untuk memberikan pendedahan kepada mereka yang berminat dan mampu menambah ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  6. kursus ini pasti akan menarik orang ramai terutamanya golongan wanita.

    ReplyDelete
  7. Sertailah beramai-ramai menjadi usahawan kosmetik.

    ReplyDelete