Friday 3 June 2011

VETERINAR YANG TIDAK FAHAM BAHASA MANUSIA



Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada artikel bertajuk ‘DAP Nodai Kesucian Pesta Kaamatan’ yang tersiar di Portal Sabahkini.net pada selasa, 31 Mei 2011 dan jawapan daripada Setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi menerusi akhbar The Borneo Post keluaran Khamis bertajuk ‘DAP Apologises For Lim’s ‘Harsh’ Speech But Not How Kaamatan Dinner Organised’.

Memandangkan isu yang diketengahkan melibatkan perayaan Pesta Kaamatan yang kononnya berlaku pencemaran adat istiadat perayaan itu begitu menarik dan perlu diperbahaskan menyebabkan saya terpanggil untuk turut serta memberi sekilas pandangan.

Saya amat bersetuju dengan pendapat Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Stephen Gaimin yang mempertikaikan cara perayaan Pesta Kaamatan itu disambut oleh DAP dengan tidak mengikuti kehendak yang sepatutnya, meskipun acara kesucian Lagenda ‘Huminodun’ dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Namun persoalannya, antara lain berkisar kepada bagaimana susunatur pengacaraan itu dijalankan yang terdapat banyak cacat celanya, terutama ucapan sepatutnya disampaikan dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara yang wajib, agak malang sekali mengapa ianya disampaikan dalam Bahasa Mandarin.

Sedangkan perayaan itu khusus untuk merayakan adat istiadat suku kaum KDM, tambahan pula ianya diadakan di Malaysia dan sebaliknya bukan di luar negara seperti China yang tentu sekali mengambil kira kesesuaian bahasa Mandarin sebagai pemudahcara penyampaian informasi berhubung perayaan itu.

Tidak dapat dinafikan, bahawa penyertaan DAP dalam usahanya mengembangkan adat seni budaya Kaamatan kepada masyarakat kepelbagaian kaum di negara ini amat dialu-alukan, namun mewajarkan Bahasa Malaysia sebagai penghantarnya setelah mengambilkira kemajmukan kesukuan yang terdapat di Malaysia.

Berhubung dakwaan Gaimin bahawa proses pengendalian keputusan ‘Unduk Ngadau’ menggunakan kaedah undian berserta dengan bayaran kupon berharga RM5.00 adalah suatu perkara yang ganjil dan sudah terbabas daripada landasan sebenar peraturan dan pengadatan senibudaya perayaan Pesta Kaamatan yang telah wujud sedekad lalu.

Trend baru seumpama ini, bukan sahaja amat memalukan kepada segenap lapisan masyarakat KDM yang sudah tentu merasakan seolah-olah diperdagangkan, malahan satu usaha untuk mencemarkan kesucian Pesta Kaamatan di mata dunia.

Mengenai dakwaan Dr Edwin Bosi (akhbar The Borneo Post) bahawa semua penganjuran pesta tidak ada sesiapa dapat mengelakkan ianya disertai oleh parti-parti politik, ia sudah semestinya berlaku; kerana dengan cara sedemikian mereka (parti politik) akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebolehan mereka menganjur sesuatu perayaan itu berjalan dengan teratur, tanpa melencongkan fakta-fakta sebenar sesuatu perayaan itu.

Selain itu, saya amat terkejut apabila Bosi cuba mempertahankan kelemahan mereka (DAP) dengan memperalatkan partinya berbilang kaum sebagai alasan DAP menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa yang digunakan ketika menyampaikan ucapan pemimpin DAP Lim Kit Siang, seolah-olah Bosi ialah seorang Doktor Haiwan’ @ Veterinar yang tidak faham bahasa manusia!

Bosi perlu bersikap rasional bahawa amalan pertuturan seharian di Malaysia boleh dikatakan 90 peratus menggunakan Bahasa Malaysia dan selebihnya Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Fahamkah Bosi tentang sensitiviti bahasa di negara yang mempunyai kemajmukan kerakyatan atau Bosi mempunyai agenda lain menidakkan Bahasa Malaysia sebagai ‘Bahasa Rasmi’ negara ini?

Bosi harus bertanya kepada bossnya, mengapa Lim Kit Siang dan semua Ahli Parlimen Malaysia dimestikan menggunakan Bahasa Malaysia ketika sesi sidang Parlimen setiap kali diadakan?

Sekian.

PEMIMPIN PEMUDA SAPP, CLC MELALAP

8 comments:

  1. No need to politicize this.

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut betul, perayaan Kaamatan ucapannya dalam bahasa Kazadan bukan melayu bukan mandarin apatah lagi English.... Ni penulis pun ada bengong skit :)) Tapi pasal bahasa itu bukanlah satu isu yang serius. Mana2 bahasa boleh digunakan memandangkan kita ini berbilang bangsa dan bahasa. Apa yang penting, penyampaian pesta kaamatan dapat disampaikan dan diamati bersama.

    ReplyDelete
  3. hormatilah budaya dan perayaan kaum lain.

    ReplyDelete
  4. Kepada DAP boleh belajar bahasa kadazan, next year buat ucapan dalam bahasa kadazan.. :)) sama juga pada pemimpin2 lain belajarlah bahasa kadazan agar tahun hadapan tidak ada isu lagi pasal bahasa.. Selamat belajar :))

    ReplyDelete
  5. sebaiknya gunalah bahasa yang semua orang boleh faham..isu ni pun mau juga diperbesarkan.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan ferlo..budaya setiap kaum itu haruslah dihormati.

    ReplyDelete
  7. pemimpin2 politik sepatut lebih peka terhadap isu2 seperti ini.. bagaimana mereka mahu mempromosikan parti masing2 jika mereka sendiri tidak memahami rakyatnya.. selepas melakukan kesilapan, tindakan yang paling bijak ialah memohon maaf, bukannya mempertahankan tindakan pemimpin yang telah melakukan kesilapan..

    ReplyDelete
  8. DAP bukan untuk Sabah. Memang kepimpinan DAP tidak layak untuk Sabah maka tolak DAP dari Sabah.

    ReplyDelete