Sunday 5 June 2011

WATANIAH HARUS PERKASA DAN MANTAP



Oleh: MOHD ZAKI EMPIN

GOLONGAN belia dan beliawanis yang berada di luar bandar digesa agar menyertai badan sukarelawan terutama, Regimen Askar Wataniah Tenom bagi membina jatidiri yang unggul di samping dapat menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.

Gesaan itu dinyatakan Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raimie Unggi yang menyifatkan Askar Wataniah telah memainkan peranan penting, bukan sahaja menjaga keamanan negara; malah menyumbang khidmat bakti kemasyarakatan, khususnya ketika negara menghadapi sesuatu bencana.

Jesteru itu, sudah sampai masanya, kata Raime, keanggotaan Askar Wataniah di kawasan luar bandar khususnya di daerah Tenom, diperhebatkan lagi agar pasukan ini menjadi satu pasukan yang mantap, perkasa dan mampu mengharungi pelbagai cabaran mendatang.

Raimie berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Muhibbah bersama Kompeni Delta, Regimen Askar Wataniah 507, Tenom bertempat di Markas Regimen Wataniah Cawangan Tenom baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raimie turut menggesa agar anggota-anggota Wataniah di daerah ini sentiasa menjaga disiplin diri dan berdedikasi tinggi agar reputasi Wataniah sebagai sebuah pasukan yang menjaga keamanan negara sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat sekeliling.

Di majlis tersebut, Raime turut menyampaikan sumbangan dan peralatan sukan untuk Wataniah Cawangan Tenom dan berharap pasukan ini akan menjadi sebuah pasukan yang mantap dan efektif serta sentiasa bersiap siaga.

Hadir sama dalam majlis ini termasuklah Pegawai Pemerintah Batalion ke-3 Regimen Askar Wataniah, Leftenan Kol.Ridzuan Abdullah dan anggota-anggota Askar Wataniah 507 Daerah Tenom.

No comments:

Post a Comment