Saturday 11 June 2011

YHL SUMBANG RM26,000 UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN


SUMBANGAN.... Micheal kelihatan sedang menyerah chek berjumlah RM26.00 kepada Hee Qui Shing.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

YAYASAN Hong Leong (Hong Leong Foundation) telah menderma sebanyak RM26,000 kepada Persatuan Rumah Amal Sabah-Sandakan (Sabah Cheshire Home), kelmarin.

Pengurus Cawangan Perniagaan dan Pentadbiran (Branch Manager Sales and Administration) Michael Raymond Tan, telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengerusi Persatuan Rumah Amal Sabah-Sandakan, Hee Qui Shing di Bilik Mesyuarat persatuan berkenaan.

Dalam sidang media dengan Sabahkini.Net, Raymonmd menjelaskan ini adalah tahun ketiga Yayasan Hong Leong memberikan sumbangan seumpama ini khusus untuk tabung pemakanan kepada penghuni rumah amal tersebut.

Katanya, amalan ini memang sudah menjadi tanggungjawab pihak korporat menghulurkan pelbagai sumbangan kepada mana-mana badan persatuan kebajikan dan sebagainya yang memerlukan bantuan.

Sementara Pengerusi Persatuan Rumah Amal Sabah-Sandakan, Hee Qui Shing mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Hong Leong atas keprihatinannya yang kerap memberikan bantuan kewangan dan sebagainya kepada persatuan tersebut.

12 comments:

  1. Hope that Cheshire home can use the donation for a good purpose.

    ReplyDelete
  2. pihak korporat seharusnya mencontohi YHL kerana keprihatinan mereka.

    ReplyDelete
  3. Murah hati dan iklas, kebaikkan akan sentiasa bersama anda.

    ReplyDelete
  4. Semoga sumbangan itu digunakan dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  5. If only there is more people like him

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya sumbangan/derma tersebut amat bermakna kepada badan persatuan kebajikan dan juga orang2 yang akan dibantu dengan wang sumbangan tersebut.

    ReplyDelete
  7. Hope there will be more generous people out there to help those in need. Credit to YHL!

    ReplyDelete
  8. Baguslah, dengan dana yang disumbangakan dapat juga membantu Sabah Cheshire Home:)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kepada Hong Leong Foundation dan harap lebih ramai yang buat sumbangan sebegini.

    ReplyDelete
  10. sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

    ReplyDelete
  11. Harap sumbangan yang diberikan ini adalah ikhlas..

    ReplyDelete