Tuesday 5 July 2011

CORRUPT ELECTION, CORRUPT GOVERNMENT?



By : DATUK RICHARD YONG

IT WAS only a matter of time that ordinary people emerged to take up the campaign for free, fair and clean elections because the Elections Commission has lost the confidence of the public that is stipulated in Article 114(2) of the Federal constitution.

National leaders of Bersih 2.0 like lawyers Dato Ambiga Sreenavasan and Harris Ibrahim have shown that elections are not longer the exclusive domain of political parties.

In Sabah, we now see a new generation of young and brave activists emerging to campaign for free, fair and clean elections. SAPP hails the efforts of local activist Atama and others in the Malaysian Civil Liberties Movement to head the Bersih 2.0 campaign in Sabah.

Recently, at the November 4, 2010 Batu Sapi by-election, vote buying and other corrupt practices were carried out openly in broad daylight. Being a by-election, there was abundant law enforcement personnel and special ‘Pegawai Penguatkuasa Kempen Pilihanraya’ (election campaign enforcement officers).

But BN leaders were openly distributing cash in 100 ringgit notes, dishing out hampers, computers and goodies of all sorts in wheel barrows, right under the noses of EC officers!

Policemen were all over the place, in every nook and corner of every village and town. Everybody saw the glaring vote buying but the police and EC could not see. These are the failures that added up to the loss of confidence in the election commission.

BN spent an estimated at RM 20 million in the by-election, excluding the RM 150 million in government projects which are largely unfulfilled. Government radio broadcasted lies on the final day of campaigning so that the opposition had no time to rebut.

After the by-election, SAPP lodged reports with the MACC and other law enforcement agencies. But, not one official even bothered to take further statements from SAPP. Nothing came out of SAPP reports.

So, how can the people believe EC? Once the people have lost confidence in the EC, people will protest, which is what is happening now in Malaysia. The Bersih 2.0 rally is caused by EC’s failure in its constitutional duty to ensure free, fair and clean elections.

We call on the police to approve the permit for the Bersih 2.0 July 9 rally in Kota Kinabalu. The police should be reminded that on June 11, the roads around Padang Merdeka were closed for the national harvest festival and again on June 29 dinner with the Prime Minister.

Last week end, the Jom Heboh programme with the Chief Minister caused traffic jams and diversions around Likas Sports Complex and Likas Bay. It is a simple exercise to allow the group to march from the Merdeka Padang to the Istana on a Saturday afternoon because there is little traffic obstruction on that short stretch of road.Therefore, there is no excuse not to permit the rally and march from Padang Merdeka to Istana.

The police should not use the fake excuse of ‘communists’ or ‘foreign elements’. Sabah is the only state that has never had the communist threat. Whereas, the only foreign elements causing security problems are illegal immigrants which the law enforcement authorities have failed to prevent from entering Malaysia.

TERJEMAHAN:

Bila-bila masa sahaja, rakyat biasa akan muncul mengambil bahagian dalam kempen untuk pilihanraya yang bebas dan adil kerana pihak awam telah hilang kepercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti yang termaktub dalam Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Para pemimpin peringkat kebangsaan Bersih 2.0 seperti peguam Dato Ambiga Sreevanasan dan Harris Ibrahim telah menunjukkan bahawa pilihanraya bukan lagi domain ekslusif parti-parti politik. Di Sabah, pada masa ini kita dapati aktivis generasi baru muda dan berani telah muncul berkempen untuk pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

SAPP menyokong segala usaha aktivis tempatan seperti Atama dan lain-lain yang berkempen melalui Malaysian Civil Liberties Movement (Pergerakan Pembebasan Awam Malaysia) untuk mengetuai kempen Bersih 2.0 di Sabah.

Baru-baru ini, ketika pilihanraya kecil Batu Sapi yang telah diadakan pada 4 November 2010, aktiviti seperti membeli undi dan perlakuan rasuah lain telah dilakukan secara terbuka.

Memandangkan ianya adalah satu pilihanraya kecil maka terdapat ramai pegawai penguatkuasa undang-undang dan ‘Pegawai Penguatkuasa Kempen Pilihanraya’. Tetapi para pemimpin Barisan Nasional (BN) secara terbuka mengagehkan wang tunai dalam bentuk nota RM100, memberi hamper, komputer dan beraneka pemberian yang di isikan dalam kereta sorong.

Aktiviti itu dilakukan di hadapan para pegawai SPR! Para pegawai polis berada di merata-rata tempat samada di kawasan bandar atau kampung. Semua pihak melihat dengan jelas aktiviti membeli undi itu tetapi apa yang menghairankan ialah pihak polis dan SPR tidak pula nampak.

Ini adalah beberapa kegagalan yang telah menambah kepada hilanganya kepercayaan terhadap kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya.

BN membelanjakan kira-kira RM20 juta pada pilihanraya kecil itu, tidak termasuk projek-projek kerajaan bernilai RM150 juta yang kebanyakannya tidak dipenuhi. Stesen radio kerajaan telah menyiarkan berita palsu pada hari terakhir kempen supaya pihak pembangkang tidak mempunyai masa untuk menepis kenyataan yang di buat.

Selepas pilihanraya kecil itu, SAPP telah membuat laporan kepada MACC (SPRM) dan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang. Tetapi malangnya, tidak ada satu pun pegawai yang kisah untuk mengambil kenyataan lanjut dari SAPP.

Tidak ada susulan yang berlaku dari beberapa laporan yang di buat SAPP itu. Jadi bagaimana rakyat akan mempercayai SPR? Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap SPR, rakyat akan memprotes, seperti apa yang sedang berlaku di Malaysia. Perhimpunan Bersih 2.0 berpunca dari kegagalan SPR dalam menjalankan menerusi tugas perlembagaannya untuk memastikan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

Oleh itu, kami menggesa pihak polis meluluskan permit agar perhimpunan Bersih 2.0 dapat diadakan di Kota Kinabalu pada 9 Julai ini. Pihak polis tidak perlu dimaklumkan lagi bahawa pada 11 Jun lalu beberapa batang jalan disekitar Padang Merdeka telah ditutup bagi mengadakan Pesta Menuai Kebangsaan dan sekali lagi beberapa jalan diutup pada 29 Jun untuk memberi laluan kepada satu jamuan makan malam bersama Perdana Menteri.

Minggu lepas, pesta Jom Heboh dengan Ketua Menteri telah menyebabkan kesesakan jalan raya dan arah laluan di sekitar Kompleks Sukan Likas dan Teluk Likas terpaksa diubah.

Laluan yang akan digunakan oleh mereka yang mengambil bahagian pada perhimpunan Bersih 2.0 di Kota Kinabalu pada Sabtu petang itu nanti pendek sahaja iaitu dari Padang Merdeka ke Istana Negeri.

Perhimpunan itu nanti mungkin menyebabkan sedikit saja gangguan lalulintas pada laluan berkenaan dan oleh itu tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh diluluskan pihak polis.

Pihak polis tidak sepatutnya mengeluarkan alasan-alasan tidak berasas dan manasabah seperti kononnya perhimpunan itu dipengaruhi ‘pihak luar’ atau berunsur ‘Komunis’. Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak pernah ada ancaman komunis.

Bagaimanapun, yang jelas satu-satunya ancaman pihak luar yang menimbulkan masalah keselamatan di Sabah ialah pendatang asing tanpa izin yang mana pihak penguatkuasa undang-undang telah gagal menghalang mereka daripada memasuki Malaysia.

(NOTA: Terjemahan Bahasa Malaysia secara bebas ini disediakan oleh Datuk Richard Yong, Setiausaha Agung SAPP, jika ada kekeliruan sila rujuk teks Bahasa Inggeris.)

12 comments:

  1. Di Sabah pun akan ada perhimpunan bersih ni?? Wah!

    ReplyDelete
  2. If from beginning corruption, ending also corruption. So what we expect the outcome.

    ReplyDelete
  3. SAPP dare admit that they are not corrupt?

    ReplyDelete
  4. SAPP patut berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum mengkritik orang lain..

    ReplyDelete
  5. Tidak payahlah nak berlagak jaguh nak buat perhimpunan di KK lagi. Nampak sangat untuk kepentingan agenda sendiri.

    ReplyDelete
  6. Ingatkan perhimpunan Bersih ni di Semenanjung ja.rupa-rupanya di Sabah pun ada..wajarkah perhimpunan ni diteruskan?

    ReplyDelete
  7. "Tetapi para pemimpin Barisan Nasional (BN) secara terbuka mengagehkan wang tunai dalam bentuk nota RM100, memberi hamper, komputer dan beraneka pemberian yang di isikan dalam kereta sorong."

    Ada bukti kah? Lain kali gambar kemudian lapor. Kalau tiada tindakan, keluarkan dalam blog dan biar rakyat tentukan. Kalau setakat cakap, siapa2 pun boleh.

    ReplyDelete
  8. Tak perlulah kritik mengkritik ba.. Rasanya bagus lagi kalau masing2 memperbaiki sebarang kelemahan yang ada kan. hehehe

    ReplyDelete
  9. Apapun, suatu masa nanti kebenaran terdedah juga tu.

    ReplyDelete
  10. Harapan semua adalah SPR akan dapat melakukan Pilihanraya dengan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  11. Sabah tak perlulah nak ikut2 buat perhimpunan Bersih.

    ReplyDelete
  12. adakah SAPP 100% bersih ketika mereka masih dalam BN atau ketika SAPP mentadbir negeri ini dengan YTL sebagai KM?? jika SAPP berkeras mahu mengadakan perhimpunan, jangan pula ajak rakyat..

    ReplyDelete