Saturday 27 August 2011

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN UNTUK SEMUA


ALBUM KENANGAN.......Abdul Rahman (berdiri dua dari kanan) dan ibunya Datin Hajah Sofea Hj.Abdul Latif (duduk tiga dari kanan) mengabdikan album kenangan bersama keluarga di Kg. Taun Gusi Padang, Kota Belud

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KEHANGATAN syawal semakin terasa, tinggal beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut satu syawal, hari lebaran hariraya aidilfitri yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam hari kemenangan yang sememangnya patut diraikan selepas kejayaan mengekang hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Dalam kehangatan menanti hadirnya satu syawal wakil-wakil rakyat di seluruh negara setiap malam masih lagi menghadiri majlis berbuka puasa dan bersolat tarawih di seluruh pelusuk kampung bertemu dengan penduduk berbincang dan dikesempatan itu juga bersalaman bermaaf-maafan di antara satu dengan yang lain.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan turut tidak ketinggalan seperti wakil-wakil rakyat yang lain, hampir setiap petang berbuka puasa sepanjang bulan ramadhan al-mubarak ini beliau tidak melepaskan peluang bertemu dengan umat Islam di kampung-kampung dalam daerah Kota Belud.

TAHNIAH.......Abdul Rahman (enam dari kanan) menyampai surat perlantikan AJK Surau Kg.Taun Gusi Padang, Kota Belud sambil diperhatikan oleh Datuk Musbah Jamli, Wakil Rakyat Tempasuk (tujuh dari kanan) dan para pemimpin setempat pada majlis berbuka puasa dan solat tarawih di kampung itu.

Selain berjemaah solat tarawih Abdul Rahman turut menyampaikan beberapa kemudahan untuk kegunaan masjid atau surau yang telah beliau lawati.Antara surau yang sempat beliau hadir berbuka puasa dan bersolat tarawaih ialah Surau Kampung Jawi-Jawi, Kampung Taun Gusi Padang, Surau Kampung Tawadakan, Surau Kampung Pituru Laut dan Pituru Darat selain menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Datuk Musbah Jamli yang di adakan di Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

No comments:

Post a Comment