Sunday 28 August 2011

AZIZAH LEMBUT GIGI DARI LIDAH!



TEMPAT KERBAU BERKUBANG......Taufiq menunjukkan jalanraya yang diibaratkan tempat kerbau berkubang.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : TAUFIQ RUSCHI

MANA sudah janji-janji Wakil Rakyat Klias, Datuk Azizah Haji Mohd Dun yang berikrar untuk membaiki kerosakan dan menaiktaraf jalan penghubung antara SRK Kota Klias dengan Kampung Siantan sejak sekian lama kerana jalan berkenaan semakin teruk, umpama lopak kerbau berkubang.

Seorang penduduk, Taufiq Ruschi yang dalam perjalanan menuju ke SRK Kota Klias tiba-tiba terserempak sebatang jalanraya di kampung tersebut dalam keadaan rosak teruk dan benar-benar menyusahkan para pengguna yang melalui jalan tersebut

Kata Taufiq, Azizah adalah Adun yang lembut ‘Gigi’ daripada lidah dan bijak menjual air liur; terutama mengukir pelbagai janji kosong untuk membela rakyat Klias tanpa mempedulikan ideologi politik mereka.

“Tetapi kenapa jalanraya di sini kebanyakkannya umpama ibaratkan tempat kerbau berkubang yang sekian lama dalam keadaan sebegitu tidak dibaik pulih dan dibiarkan begitu saja berterusan” kata Taufiq.

Taufiq yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan petang kelmarin meminta kerosakan jalanraya ini dipaparkan di Sabahlini.Net agar perkara ini diketahui wakil rakyat berkenaan yang jarang turun padang.

No comments:

Post a Comment