Saturday 6 August 2011

BAKTI SERAH SUMBANGAN RAMADHAN



SERAH SUMBANGAN….. Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada sambutan bulan Ramadhan tahun ini turut menyampaikan sumbangan berupa pakaian dan keperluan lain kepada golongan kurang berkemampuan, orang kelainan upaya; ibu tunggal termasuklah anak yatim piatu di kawasan Parlimen Beaufort.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PADA petang kelmarin, semasa majlis berbuka puasa di Surau Kampung Klias Baru, Datin Seri Panglima Hajjah Normilah Siong yang juga anggota (Bakti), iaitu isteri kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin telah menyampaikan sumbangan (Bakti) kepada 50 orang penerima yang layak di kawasan tersebut .

Hadir sama di majlis penyerahan sumbangan tersebut Pengerusi Penyelaras MAYANG Parlimen Beaufort, Hajjah Johir Matlani.

Menurut Normilah, semasa ditemui selepas majlis ini, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial (Bakti) kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam yang akan menyembut hari raya aidil fitri tahun ini.

Katanya, kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan, badan korporat dan individu perlu ditingkatkan untuk memastikan golongan itu sentiasa menjadi sebahagian daripada masyarakat.

“Kita berharap melalui sumbangan ini akan dapat meringankan beban mereka dan sekali gus dapat menceriakan mereka menyambut kedatangan hari raya aidil fitri nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment