Saturday 13 August 2011

BANNER PAS PENSIANGAN JADI MANGSA



Oleh : MEDIA PAS

KETUA Penerangan Pas Sabah, Hisammuddin Hj.Sulaiman menyelar tindakan puak-puak tidak waras yang membuang banner-banner PAS bersempena bulan Ramadhan ini.

Jika sebelum ini, aktiviti membuang banner Pas berlaku di Sipitang dan Beaufort, malam semalam banner Pas Pensiangan bersempena Ramadhan dan Aidilfitri turut dibuang, walaupun telah mendapat kelulusan Majlis Daerah.

Menurut Hisammuddin yang juga Yang Dipertua Pas Pensiangan, sikap atau sifat biadab ini di zaman manusia sudah bertamaddun tidak seharusnya berlaku kerana ‘Tarzan Di Hutan’ pun tahu menghormati hak orang lain.

Apalah salah banner mengucapkan selamat datang Ramadhan dan Aidilfitri pada puak seperti ini? Apakah mereka ini bacul dan penakut dengan sokongan rakyat pada Pas yang bakal menggantikan Umno.

Perbuatan pihak yang bacul membuang banner Pas Pensiangan diselar juga oleh seorang Ahli Dewan Himpunan Pas yang beragama Kristian iaitu Saudara Victus Sook; “Puak-puak ini hanya mahu perlihatkan pada rakyat bahawa yang mereka sahaja tahu ucap Salam Ramadhan dan sebab itu mereka upah orang membuka dan membuang setiap banner Ucapan Ramadhan Pas”.

Yang pelik, mereka tidak pula membuang baner UMNO yang berada hanya beberapa meter sahaja daripada banner Pas.

Hisammuddin berkata sikap ‘double-standard’ puak-puak bacul ini amat memalukan umat Islam di bulan mulia ini dan menasihatkan mereka agar jangan mencabar PAS kerana PAS tidak akan berganjak sedikit pun untuk meneruskan agenda mendapatkan Sabah ini daripada UMNO.

No comments:

Post a Comment