Friday 5 August 2011

BELIA DINAMIK PEDALAMAN ANJUR DART TERBUKA



Oleh : MEDIA BELIA DINAMIK

PARA pemain dart di sekitar pedalaman adalah dijemput untuk menyertai pertandingan 1st Bingkor Double Event Dart Open Tournament . Pertandingan itu kini dibuka penyertaannya dan terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat.

Urusetia Penganjur, Rozie Jumat berkata, permainan dart sangat digemari di pedalaman terutamanya di kalangan belia. Permainan itu juga mampu memupuk persefahaman dikalangan belia melalui program kesukanan.

“Pertandingan ini akan diadakan pada 12-13hb Ogos 2011 bertempat di Kelab Dart Bingkor, Bingkor Keningau. Pendaftaran bermula pada jam 7.00 petang,” ujar Rozie.

Oleh itu kata Rozie mana-mana pasukan yang berminat bolehlah menghubungi Jacklee (016-8470960), Kiding (0138733621) dan Rozie (0138775311) untuk keterangan yang lebih lanjut.

“Kami mengalu-alukan penyertaan pemain-pemain dart untuk menyertai pertandingan ini yang akan diadakan secara tahunan sebagai satu aktiviti yang menyokong usaha peminat dart agar sukan ini dapat disenaraikan dalam program sukan anjuran kerajaan di masa yang akan datang,” kata Rozie.

Hadiah berupa wang tunai dan iringan bagi Johan ialah RM600; kedua RM400, Ketiga dan Keempat RM100 dan seterusnya RM80.00. Pertandingan ini dianjurkan bersama Pertubuhan Belia Dinamik Pedalaman (PBDP), Kelab Dart Bingkor dan Pertubuhan Belia PasokMomogun.

Rozie yang juga Timbalan Presiden PBDP berkata penganjuran pertandingan itu adalah antara program yang diadakan oleh persatuan itu terutamanya dalam memupuk semangat kesukanan dikalangan belia.

PBDP juga aktif dalam menganjurkan program kesukanan bolasepak yang dinamakan Borneo Youth Premier League (BYFL) serta aktif sebagai Rakan Alam Sekitar Sabah.

No comments:

Post a Comment