Wednesday 17 August 2011

BENARKAH USNO BERGABUNG DENGAN USBO?



Oleh: FADLI AHMAD

HALANGAN demi halangan yang dialami USNO untuk didaftarkan sebagai sebuah Parti Politik; termasuk penolakan pendaftarannya sebagai NGO sebelum ini membuatkan ada aura-ura yang bertiup kencang bahawa USNO akan bergabung dengan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USNO) yang baru diterima sebagai Ahli Gabungan Barisan Nasional.

Menurut maklumat dalaman parti yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan, jika mereka gagal mendaftarkan USNO setelah menemui TYT Sabah dan DYMM Yang Di Pertuan Agong, ramai ahli akan berhijrah secara beramai-ramai ke dalam USBO bagi memperkasa perjuangan rakyat Sabah.

Bagaimanapun Presiden Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan khabar berkenaan; terutama melestarikan Pelan B jika USNO gagal didaftarkan sebagai pertubuhan politik yang sah.

Manakala Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima undangan dan permohonan pelbagai pihak termasuk NGO dan ahli Parti Politik untuk menyertai USBO setelah Majlis Tertinggi BN sebulat suara meluluskan Keahlian USBO sebagai Ahli Gabungan BN.

“Kita buka pintu kepada semua rakyat Sabah; bukan sahaja kepada kaum Bajau Asli, malah kepada salah seorang ibu bapa mereka daripada rumpun Bajau; malah kepada sesiapa juga yang prihatin dengan perjuangan dan aspirasi masyarakat Bajau. Keahlian USBO kini terbuka,” kata Salleh yang turut mengalu-alukan ahli USNO menyertai USBO.

No comments:

Post a Comment