Thursday 18 August 2011

BERSEDIA HADAPI CABARAN GLOBALISASI


BERBINCANG……Abdul Rahman turut mengambil kesempatan mendengar pandangan dan berbincang dari golongan warga emas di Kg. Kulambai Dundau

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI Parlimen Malaysia (Kota Belud), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata umat Islam di negeri ini perlu terus bersatu padu sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran di era globalisasi masa kini.

Menurutnya, cabaran globalisasi masa kini jika tidak ditangani serta dihadapi dengan bijaksana mampu mengugat keutuhan umat Islam di negeri ini.

Katanya, cabaran yang sedang dihadapi umat Islam bukan hanya datang dari dalam malah yang lebih membimbangkan ancaman dari luar yang mahu melihat umat Islam di negara ini berpecah belah.

“Umat Islam perlu menjadi umat yang kuat dari segala sudut mahu dari fizikal dan mental, umat Islam perlu terus bersatu padu, ini penting bagi memastikan kita tidak akan mudah ditindas oleh pihak-pihak yang sengaja menghancurkan perpaduan di kalangan umat Islam yang begitu initim selama ini.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang diadakan di beberapa buah masjid dalam daerah Kota Belud.

MESIN……. Abdul Rahman menyampaikan mesin pemotong rumput dan sejadah kepada umat Islam Kg. Pandasan untuk kegunaan umat Islam di kampung itu.

Antara masjid yang di lawati Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah ialah Masjid Kg. Pandasan, Masjid Kg. Suang Punggur, Masjid Kg. Kulambai, Masjid Kg. Kulambai Dundau dan Masjid Kg. Tengkurus.

Selain berbuka puasa dan solat tarawuh Abdul Rahman turut menyampaikan sejadah dan beberapa keperluan di masjid yang beliau telah lawati.

No comments:

Post a Comment