Sunday 7 August 2011

EPISOD DUKA DARI KANIBONGAN


Saudara pengarang,

Saya berasal dari kawasan N1 Banggi Daratan Kanibongan dan saya hendak bertanya kepada Kerajaan sekarang tentang status pemilikan tanah yang dimajukan LIGS di Kawasan Daratan Kanibongan ini.

Pemerhatian saya di Kaca TV1: Kehidupan baru yang dinikmati oleh peserta Agropolitan di Pulau Banggi Kudat. Mereka tinggal di penempatan baru, rumah yang selesa, pukul 5 pagi, turun kerja di Ladang Agropolitan, Loceng dibunyikan dan semua pekerja berbaris menyanyi ‘Lagu Negaraku’, Mendengar taklimat dari Mandur Ladang sebelum memulakan kerja pada pukul 6 petang.

Apa yang saya dapat perhatikan di sini adalah Perlaksanaan Pemilikan Ladang agropolitan ini bukan lagi dimiliki oleh penduduk tempatan tetapi terus dimiliki oleh LIGS. Penduduk tempatan tidak ubah seperti pekerja-pekerja estet di ladang-ladang syarikat-syarikat Swasta dan sudah tentu tanah-tanah tersebut tidak dapat lagi diwarisi oleh generasi akan datang.

Apa yang menjadi kegelisahan penduduk di kawasan N.1 Banggi, khususnya di Daratan Kanibongan adalah projek serupa telah dilaksanakan beberapa tahun lalu dan kini sudah 4 tahun lebih umur tanaman tersebut.

Namun perkara yang paling membimbangkan penduduk ialah, adakah tanah yang dimajukan ini masih milik orang kampung melalui sistem tanah NCR atau sebaliknya? Kami mohon penjelasan dari LIGS sebelum PRU-13 menjelang tiba.

Salam Hormat,

EDWOD JUSLIN

No comments:

Post a Comment