Wednesday 10 August 2011

‘HIDUPKAN PENDENGARAN ANDA!’



Oleh : ROZIE JUMAT

SATU program perubatan percuma ‘Hidupkan Pendengaran Anda’ (Revive Your Hearing) akan diadakan sabtu ini (13 Ogos 2011) anjuran bersama Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah, Kelab Lion Keningau, Biro Kebajikan Parti PBRS dan Pejabat Perhubungan Parlimen 182 Pensiangan.

Jurucakap penganjur, Vincent Lee berkata, orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan dengan pendengaran adalah dialu-alukan untuk hadir. Program secara percuma itu diadakan di Dewan Masyarakat Sook bermula jam 10.00 pagi (13 Ogos 2011).

“Program seumpama ini julung kali diadakan, kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda berhadapan dengan masalah pendengaran, inilah peluang untuk mendapatkan perhidmatan perubatan atau merujuk kepada pakar yang akan datang pada hari tersebut,” ujar Vincent yang juga Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen 182 Pensiangan.

No comments:

Post a Comment