Tuesday 30 August 2011

ISU BAZAR RAMADHAN, AHLI MPS AKUI DIANIAYA



WAWANCARA.....Kelihatan Hamjat sedang diwawancara oeh Sabahkini.net mengenai kes Bazar Ramadhan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hamjat Ali Yunus yang ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bersama tiga lagi pegawai MPS berhubung penyalagunaan kuasa kerana menyewakan lot gerai Bazar Ramadan antara RM500.00 hingga RM1,500.

Beliau menjelaskan mengenai sewaan Lot Gerai Bazar Ramadan antara RM500.00 hingga RM1,500 ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Sandakan melalui mesyuarat khas yang diputuskan oleh 25 orang ahli majlis terbabit.

“Saya sebagai Ahli Majlis sebenarnya tiada kuasa langsung untuk bertindak atau sesukahati mengenakan sewaan tersebut sekiranya perkara ini tidak diputuskan oleh 25 orang ahli Majlis Perbandaran,” kata Hamjat yang kesal menjadi mangsa keadaan terkejut apabila SPRM memanggil beliau untuk disoal siasat selama 8 jam.

Hamjat yang diwawancara oleh Sabahkini.net kelmarin selanjutnya menjelaskan, terpulanglah kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, kerana saya sebagai Ahli Majlis tidak mempunyai locus standi untuk berbuat sedemikian; melainkan setelah diluluskan MPS sejak Mei lagi.

“Saya adalah seorang bumiputera dalam kelompok Ahli Majlis yang menentang dan marah kenapa perkara ini perlu ditender dan sistem ini memang sudah lama dijalankan semasa Yeo Boon Hai menjadi Presiden MPS dahulu lagi,” jelas Hamjat lagi.

Kata Hamjat, beliau tahu siapa yang melaporkan kes ini kepada SPRM orang ini adalah golongan peniaga yang kecewa tidak dapat tender tersebut; lagipun harga tender gerai berkenaan RM1,500 telah disubkan kepada orang lain dengan harga yang tinggi.

“Saya rela menerima hukuman sekiranya saya didapati bersalah, tetapi ingat jika saya terlepas dan tidak bersalah dalam hal ini, maka saya tiada pilihan lain melainkan saya menyaman mereka yang membuat laporan palsu kepada pihak yang berkenaan,” kata Hamjat lagi.

No comments:

Post a Comment