Tuesday 2 August 2011

ISU PARKING RM5, PKR PUJI TINDAKAN KC UMNO



Oleh : SHAIMON S JUMADI

NAIB Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Zainuddin Hassan (gambar sisipan) memuji keberanian Ketua UMNO Cawangan Jalan Panglima Adam, Kampung Bokara, Jafar Mustafah kerana menegur sikap keterlaluan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang mengenakan caj tempat letak kereta RM5 sejam.

“Walaupun saya ahli parti pembangkang, tetapi apa yang telah disuarakan oleh Jafar adalah untuk membela rakyat terutama sekali golongan berpendapatan rendah. Kami berterima kasih kepada Jafar kerana membawa isu ini dan membantu kamu menyebarkan berita kezaliman Kerajaan BN,” kata Zainuddin yang juga Mantan Ketua Penerangan AMK Sabah.

Kata Zainuddin lagi, semua perbuatan MPS yang dianggap menyakitkan hati rakyat telah diterjemahkan secara bijaksana oleh Pakatan Rakyat kerana merupakan peluang besar kepada PKR/DAP dan PAS untuk menawan hati rakyat di Sandakan ini yang remuk rendam oleh perbuatan barbarian MPS yang terlalu menindas rakyat.

“Semakin kejam Presiden MPS dan kakitangannya, semakin besar peluang kepada Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Parlimen dan DUN pada pilihanraya umum akan datang kerana rakyat sudah muak dengan segala janji manis BN dan terus menjadi mangsa penindasan,” kata Zainuddin yang mengakui ramai pegawai MPS pro PKR.

No comments:

Post a Comment