Friday 5 August 2011

JAMBATAN SIRAT BUAT YB PINNOCHIO!



Oleh : MANSAH HANJAMA

ADUN Bugaya, Datuk Ramli Marahaban yang sebelum ini digelar YB Pinnochio kerana sering berbohong dan memungkiri janji kepada pada pengundi sudah memasang poster ucap selamat hari raya sebelum umat Islam berpuasa; tanpa ada sekelumit rasa bersalah atau insaf dengan rakyat di kawasannya yang menderita kerana tiada bekalan air paip dan mengharapkan jambatan baru ke rumah mereka.

“Kalau kita mengadu, beliau kata tunggu peruntukan kerajaan. Sudah pohon tetapi belum sampai. Tetapi kalau bikin papantanda pula mampu sedangkan satu papantandanya boleh bina dua buah jambatan kayu,” ujar Abdul yang mendiami kampung Panji sejak lebih 20 tahun lalu.

Tegas Abdul, beliau agak terkilan kerana YB Pinnochio hanya memperbaharui janjinya setiap kali mereka mengadu dan alternatifnya penduduk kampung terpaksa menebang bakau untuk membina sendiri jambatan sehingga ramai yang ditangkap Jabatan Perhutanan.

“Inilah jambatan ‘Sirat’ yang kami bina untuk YB Pinnochio supaya beliau belajar meniti jambatan ini di dunia sebelum ke akhirat,” ujar Abdul yang menggesa agar Ramli mencontohi kesungguhan Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan) Datuk V.K.Liew membina Jambatan Simen di Sim-Sim bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung.

Kata Abdul, beliau kesal kerana Ramli hanya ‘Islam’ pada namanya sahaja sedangkan hakikatnya, tidak berhati perut kerana langsung tidak peka kepada penderitaan penduduk kampung yang hidup dalam serba kekurangan sedangkan mereka tidak pernah mengurangkan walau satu undi kepada Ramli.

“Jika kami yang tinggal dalam pekan boleh diabaikan, bagaimana dengan yang jauh daripada pekan atau di pulau? Kami tidak larang dia berumah besar macam Istana Firaun, tetapi jagalah kepentingan rakyat,” ujar Abdul lagi yang meminta agar wajahnya tidak disiarkan kerana bimbang pengikut Ramli akan mencederakannya.

No comments:

Post a Comment