Tuesday 9 August 2011

JOHN KAIL BUKAN PEKERJA YTS!



Saudara Pengarang,

SAYA ingin merujuk kepada artikel oleh John Kail yang mengatakan saya adalah seorang pembohong dan YYS Equity Venture Sdn Bhd telah menipu beliau. Secara rasminya saya ingin menjawab kepada Sabahkini bahawa saya secara peribadi dan juga pekerja-pekerja saya pada yang lalu tidak mengenali John Kail.

Apabila artikel tersebut diterbit, kami telah cuba untuk menyelidik siapakah John Kail dan mengapa beliau membuat tuduhan-tuduhan tersebut.

Jikalau kontrak perniagaan yang sama yang dirujuk oleh beliau, projek tersebut dikendaikan oleh bekas pekerja kami iaitu Loo Choon Chiew yang memegang jawatan Pengarah Perkhidmatan (Director of Services).

YYS Equity Ventures Sdn Bhd adalah syarikat yang mempunyai perjanjian persefahaman dengan Loo Choon Chiew. Kami juga sedang mengesan Loo Choon Chiew sekiranya beliau mengenali John Kail yang membuat tuduhan-tuduhan serius tersebut.

Kesemua tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar dan fitnah. Peguam kami sedang meneliti isi kandungan artikel tersebut dengan tujuan memfailkan saman malu terhadap John Kail untuk menegakkan kebenaran.

Salam Hormat,

DATUK YONG TECK SHING

1 comment:

  1. kami rakan john kial adalah pekerja subcon dan pemegang lesen sekuriti bersumpah telah membuat kerja upahan di SAFODA BENGKOKA. Segala dokumen penjanjian kerja dengan YYS Equity Venture telah diserah kpd peguam kami. demi menjaga nama baik SAFODA kami telah mau heret ke litikasi kerana kami diberitahu safoda telah buat semua bayaran kpd majikan datuk. Separuh EXCO safoda yang beriman dan beramal soleh tahu dilemma kami. Peguam kami dah semak ROC dan dinasihati tujukan tuntutan upahan kami kpd Datuk yong dan bukan loo choon chiew. Walau pun datuk tak kenal john kial setiap pembayaran cek oleh safoda john kial rela tunggu di winner hotel untuk dapat upahan kami.sampai john kena iringi loo choon chiew ke bank untuk tunaikan wang. sedihnya setiap bayaran safoda, wang yang dibayar pada kami adalah seperti di ringkasan tuntutan lapuran polis.
    Mana kami nak minta tolong? kami yang buat kerja orang lain(Ganesan)yang hantar tuntut wang. konon nak saman malu nak menegakan kebenaran. demi Tuhan! kami betekad akan menuntut wang kami seperti dalam surat kontrak serta tegakan kemaluan datuk khalayak ramai.

    ReplyDelete