Saturday 27 August 2011

KERAJAAN BN BERLAKU ADIL DALAM ISU JTP



SUMBANGAN...Lajim turut menyampaikan sumbangan untuk membayai program belia sempena sambutan Hari raya Aidil Fitrti tahun ini di kampung tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SEMUA pihak di minta untuk menerima saranan kerajaan dalam pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) mengenai penambahbaikan pilihan raya di negara ini dan tidak melakukan tuduhan melulu berhubungnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, perkara berkenaan ditentang terutamanya oleh parti pembangkang dengan mengatakan terdapat unsur berat sebelah di dalam pemilihan ahli jawatankuasa dilantik nanti.

"Kerajaan telah memberi respon apa yang telah dituntut mereka bagi menambahbaik sistem pilihan raya di Malaysia dengan pembentukan JTP. Saya percaya dengan penubuhan jawatankuasa ini, kita akan sedikit sebanyak menambah baik peranan suruhanjaya pilihan raya supaya tiada lagi tuduhan melulu dilemparkan oleh parti pembangkang," katanya.

Menurut Lajim, waktu berkempen dihadkan kepada jam 12 malam sahaja dan lebih daripada itu tidak dibenarkan adalah penyebab kenapa pihak pembangkang khususnya Parti Tindakan Rakyat (DAP), PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuas hati tahap sistem pilihan raya di negara ini.

"Disebabkan itu, ia membuatkan pihak pembangkang memikirkan berlakunya sesuatu akan dibuat oleh pihak tertentu (helah) dan perkara itu tidak berlaku. Sebenarnya cara ini adalah membuka ruang kepada rakyat supaya lebih banyak masa memikir dalam 24 jam tersebut. Siapakah gerangan calon dipilih dan mengambil perkiraan tentang apa yang dilakukan oleh parti pemerintah atau apa yang dapat dilakukan oleh pihak pembangkang.

"Jadi saya percaya dengan itu maka syor atau cadangan-cadangan itu akan dapat diterima oleh kesemua jawatankuasa yang dilantik kerajaan untuk penambahbaikan dalam sistem pilihanraya diadakan di Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut kepada dakwaan ketidakpuashatian dilemparkan pihak pembangkang berhubung jumlah kouta jawatankuasa (lima kerajaan tiga pembangkang), Lajim berkata ia adalah perkara kurang munasabah dilontarkan ekoran kerajaan sememangnya telus melakukan terbaik demi sistem pilihanraya yang adil dan saksama.

"Setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan, memang pembangkang tidak akan bersetuju, mereka mahu jadi pengerusi (seperti di minta oleh Ketua Pembangkang).

"Macamana mereka mahu jadi pengerusi, sedangkan kita yang menentukan sistem pemerintahan negara. Jadi kalau mereka yang menjadi kerajaan suatu hari nanti, mereka pun tidak akan memberikan peluang begitu luas kepada pembangkang.

"Meskipun hanya mempunyai wakil tiga dalam jawatnkuasa itu tetapi suara mereka akan didengar dalam jawatankuasa berkenaan dan mereka yang dipilih ini adalah terdiri daripada profesional, mungkin ketiga-tiga presiden parti iaitu PAS, DAP dan Keadilan sendiri.”

Sehubungan itu, beliau percaya kesemua mereka adalah pemimpin berwibawa dan yang mewakili Barisan Nasional (BN) juga bukan semua adalah melayu dan didominasi oleh Umno sepenuhnya seperti di dakwa sesetengah pihak.

"Wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak juga akan terlibat dalam ahli JTP, ia bukan dimonopoli oleh Umno sahaja, sebaliknya akan dibarisi oleh parti komponen BN yang lain juga," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju penubuhan jawatankuasa itu dengan mengatakan ia merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Beliau ini jarang sekali melakukan sokongan, tapi nampaknya beliau berpendapat inilah masanya mereka menyuarakan pandangan-pandangan mereka supaya pihak suruhanjaya pilihan raya melihat kesesuaian cadangan-cadangan berkenaan.

"Jadi tiada sebab pembangkang khususnya PKR, DAP dan PAS tidak memberikan sokongan. Malah ada juga pemimpin parti pembangkang lain seperti Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim pun bersetuju supaya itu adalah satu platform menjurus kepada penambahbaikan sistem pilihanraya di negara kita, "katanya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita bersempena majlis berbuka puasa di Masjid Al-Raudah Jannah, Kota Klias, Beaufort, malam semalam.

Terdahulu, pembentukan jawatankuasa khas Parlimen untuk meminda undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini ditentang sekeras-kerasnya oleh parti pembangkang dengan menyifatkan perkara itu adalah berat sebelah ekoran majoriti dibarisi wakli rakyat daripada parti pemerintah.

Isu berkenaan juga mendapat liputan luas terutama di dalam blog anti kerajaan dan pihak pembangkang yang mahukan sistem jawatankuasa khas terbabit dirombak semula serta diperluaskan kriterianya.

Terbaru, PKR turut mengundang kontroversi berhubung perkara itu apabila meminta kerajaan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan JTP yang dilihat seperti tamak kuasa.

8 comments:

  1. Harap rakyat sendiri boleh menilai perkara ini dengan bijaksana.

    ReplyDelete
  2. Harap pemilihan AJK itu boleh dijalankan dengan adil dan bersih.

    ReplyDelete
  3. penubuhan JTP perlu ada bagi menambaikan sistem pilihanraya.

    ReplyDelete
  4. jika usaha ini mampu menambahbaik sistem yang ada maka ianya memang wajar dilaksanakan.

    ReplyDelete
  5. kerajaan pasti sentiasa berusaha untuk memperbaiki sistem pilihanraya di negara ini. perkara2 yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang ke arah kebaikan rakyat juga akan diambil kira.

    ReplyDelete
  6. Lajim memang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Harap contohilah seorang wakil yang selalu mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  7. bila ada saluruan yang betul, dia bantah pula.. lepas tu besok2 dia anjurkan perhimpunan jalanan kononnya kerajaan tidak memberikan mereka peluang untuk berbincang..

    ReplyDelete
  8. sepatutnya pemimpin2 pembangkang gunakan dahulu saluran itu sebelum melemparkan persepsi negatif terhadap penubuhannya.. inilah tempat yang sesuai jika mahu melakukan perubahan terhadap mana2 perkara yang melibatkan pindaan undang2.

    ReplyDelete