Thursday 18 August 2011

KES SIMBAH ASID TURUT BERLAKU DI SABAH



SEORANG wanita disimbah dipercayai asid oleh seorang lelaki di sebuah pasar raya dekat sini Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Peter Umbuas berkata wanita itu sedang keluar dari keretanya apabila lelaki terbabit menyimbah cecair berkenaan.

Katanya kejadian berlaku di depan pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini kira-kira pukul 2 petang.

Ling Siew Teen, 22, cedera di mata dan turut melecur di pipi, bibir dan dagu.

Umbuas berkata siasatan sedang dijalankan dan belum ada tahanan dibuat. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment