Saturday 13 August 2011

KSN WAJAR TUTUP PEJABAT KPDNKK



Saudara Pengarang,

DI MANA Pegawai KPDNKK di Kota Kinabalu? Sebagai pembayar cukai dan warga Malaysia yang bertanggung jawab, saya ingin mendesak Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya menutup pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana telah merugikan wang rakyat.

Tugas mereka harus diberi kepada jabatan lain seperti Finas kerana saya telah melihat kedai menjual VCD dan DVD cetak rompak terbuka di semua Kompleks Membeli Belah seperti Center Point, Karamunsing, Wisma Merdeka dan sebagainya tanpa ketakutan diserbu KPDNKK.

Saya juga melihat amalan yang sama berlaku di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur; baik di tepi jalan dan juga di kedai berdekatan Hotel Nova yang menjual DVD cetak rompak dan DVD lucah secara terbuka dan dijaga oleh warga orang asing seperti Bangladesh; manala di Sabah premis dijaga oleh warga Filipina.

Saya mendesak SPRM yang diberi kuasa penuh oleh kerajaan untuk membanteras Rasuah harus memantau pekara tersebut kerana saya telah menyalurkan maklumat melalui Sabahkini.net dan meminta SPRM melakukan lawatan mengejut ke Kompleks Membeli Belah yang saya sebutkan di atas dan lihat dengan mata kepala sendiri adakah aduan saya benar?

Dengan mata telanjang, SPRM boleh melihat banyak DVD dan VCD cetak rompak dna lucah dijual secara terbuka di tingkat bawah Center Point Kota Kinabalu; tidak perlu lagi ke tingkat atas.

Hakikatnya, jika Pegawai KPDNKK tidak menerima rasuah daripada taukeh atau sindiket DVD cetak rompak dan lucah; mengapa kedai Video Station dan MICHELLE Shop boleh menjual secara terbuka dan tanpa ketakutan?

Saya ingin bertanya kepada Pengarah KPDNKK, adakah Pejabat mereka di Ranau atau di bandar Kota Kinabalu beroperasi? Mungkin dalam bulan Puasa, pegawai KPDNKK Sabah tidak ada tenaga untuk menjalankan tugas?

Kalau mereka tidak berminat bertugas di KPDNKK, mereka harus meletak jawatan serta merta kerana ramai pelajar yang baru keluar dari universiti masih belum dapat kerja dan sayai tidak mau penjawat awam yang bodoh dan malas kerana pegawai ini akan menjatuhkan imej KPDNKK dan juga imej kerajaan BN.

Salam hormat,

ANTI RASUAH

No comments:

Post a Comment