Tuesday 16 August 2011

KURUP TERUSKAN TRADISI BERBUKA PUASA



IQRA….Kurup menyerahkan sumbangan buku Iqra kepada Pengurusi Surau Al-Falah, Abdul Salam Sirit dan diiringi Helfy dari Celcom Axiata Bhd.

Oleh : ROZIE JUMAT

TIMBALAN Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama rakyat di kawasannya. Amalan tersebut telah lama dibuat oleh Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan di bulan Puasa.

Penduduk beragama Islam di kawasan Pensiangan adalah golongan minority, namun Kurup mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap golongan ini dan sering meluangkan masa menyertai rakyat berbuka puasa.

Mesej beliau ini dapat diterjemahkan dengan penyertaan beliau bersama rakyat beragama Islam di kawasan P 182 Pensiangan iaitu di Sook dan Nabawan.

“Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai. Malahan ibubapa juga mempunyai kebebasan memilih sekolah untuk anak mereka sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama, Sekolah Cina, Tamil atau ke Missionary School,” kata Kurup.

Berbanding negara luar yang penduduknya sentiasa dalam keadaan ketakutan dan bimbangkan keselamatan, tegas Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Kita di negara ini bebas menyambut perayaan masing-masing dan kunjung mengunjungi ke rumah rakan-rakan kita yag berlainan agama dan beraya bersama dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati,” kata Kurup ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa di Wilayah Celcom di Kg.Murni C bertempat di Sekolah Agama Rakyat Al-Falah di sini.

RAYA….Puan Sri Melinda menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak.

Turut bersama beliau Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin dan Kahirin Bador, Ketua Pemuda PBRS Sook selaku Pengerusi Penganjur.

Program yang sama turut disertai Kurup di Kg.Penagatan Laut, Keningau, dan beliau juga mempunyai jadual untuk berbuka puasa dengan rakyat di Kg.Sinulihan, Kg Johan Jaya, Kg.Malima dan Kg.Bunowou Tengah dalam kawasan Sook sepanjang bulan puasa ini.

Program berbuka puasa itu turut disertai oleh kakitangan beliau yang beragama Islam dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara pengisian program itu ialah takzirah, tadarus Al-Quran pertandingan mewarna serta menyumbangkan bantuan kepada warga emas dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bagi Imam Masjid Daerah Nabawan, Suhaimi Baulun menyifatkan program Ahli Parlimen itu adalah satu sikap terpuji dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang bukan beragama Islam.

No comments:

Post a Comment