Wednesday 3 August 2011

MANDAT RAKYAT TIDAK PERNAH DIPERSIAKAN



HAMPER.....Salah seorang warga tua menerima sumbangan berupa hamper daripada V.K Liew.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MANDAT yang diberikan oleh rakyat semasa pilihanraya umum pada tahun 2008 tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana sudah menjadi tanggungjawab setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Kita kena selalu turun padang untuk meninjau lebih dekat lagi masalah rakyat di setiap kampung agar kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Inilah antara peranan dan tanggungjawab yang harus kita dilaksanakan dan merupakan satu amanah daripada pucuk pimpinan negara,” kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K. Liew ketika berucap di majlis ‘Program Perkhidmatan Kepada Rakyat’ (Bringing Service To The People) kelmarin.

Katanya, rakyat di kawasan Elopura khususnya, penduduk Kampung Forest harus memberikan kerjasama dan sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negeri ini dan jangan sesakali terpengaruh dengan hasutan daripada pihak pembangkang yang menabur pelbagai fitnah terhadap kerajaan yang ada sekarang.

Sebagai rakyat yang inginkan kemajuan dan pembangunan yang pesat, kata V.K.Liew, kita harus mempercayai bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat dalam pelbagai aspek.

KESIHATAN.... V.K.Liew turut mengambil bahagian dalam acara senamrobik tarian poco-poco.

Program yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir hingga jam 5.00 petang di adakan di Kampung Forest, Sandakan mendapatan sambutan lebih 500 orang penduduk kampung berkenaan yang sama-sama mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti.

Antara program yang dilangsungkan termasuklah pemeriksaan kesihatan percuma yang digiatkan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Sandakan dan program mendaftarkan E-Kasih, mendaftar pemilih baru bagi mereka yang sudah menjangkau umur 21 tahun ke atas.

Lain-lain aktiviti yang diturut diadakan serentak pada hari itu ialah mengadakan senaman robik, pertandingan bola tampar, pertandingan bolasepak 9 sebelah dan sebaginya termasuk memberikan sumbangan 100 buah hamper kepada golongan warga tua.

No comments:

Post a Comment