Saturday 20 August 2011

MAYANG BEAUFORT BUKTIKAN KASIH SAYANG



MESRA….. Hajjah Johair berbual mesra bersama balu allahyarham Moksin, Hajah Jauyah semasa kunjungan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

BAGI Hajjah Jauyah Haji Sapong dan keluarga yang baru sahaja kehilangan suaminya, Allahyarham Moksin Majit seminggu lepas, kedatangan rombongan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Beaufort; yang diketuai Pengerusi Penyelarasnya, Hajjah Johair Matlani bersama ahli jawatankuasanya, ke kediamannya di kampong Layung Kebulu, Beaufort, pagi kelmarin; merupakan satu kejutan bagi keluarganya yang masih lagi dalam keadaan berkabung.

Moksin merupakan Ketua Kampung Layung Kebulu, meninggal dunia kerana sakit tua.

Rombongan MAYANG ke rumah Jauyah merupakan program ziarah sempana bulan Ramadhan untuk menghulurkan sumbangan kewangan dan juga barangan dapur dan sebiji tangki air yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

BANTUAN….Hajjah Johair turut menyampaikan sumbangan tangki air kepada keluarga tersebut semasa kunjungan ini.

Bagi Hajjah Johair, ketika ditemui selepas lawatan tersebut berkata, lawatan tersebut sesuai dengan peranan serta tanggung jawab MAYANG dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat, khususnya di kawasan tersebut,

“Dengan sedikit sumbangan yang kita salurkan ini, kita berharap ianya dapat meringankan beban keluarga ini kerana mereka bukan sahaja baru kehilangan orang tersayang, namun dalam masa yang sama akan menyambut kedatangan hari Raya Aidil Fitri,” katanya.

No comments:

Post a Comment