Friday 5 August 2011

MPS TOLAK TUGAS KEPADA WAKIL RAKYAT?



BAIKPULIH....Kerosakan simen di halaman Bangunan Low perlu dibaik pulih.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PENDUDUK pangsapuri Bangunan Low Batu 1.5, Jalan Utara, Sandakan meminta jasa baik Adun Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan agar dapat membaik pulih kerosakan simen di halaman hadapan premis tersebut.

Seorang penduduk pangsapuri berkenaan, Albert Teo, memberitahu Sabahkini.net kelmarin bahawa kerosakan pada simen pelantaran tersebut sudah lebih lapan bulan tetapi terbiar begitu sahaja tanpa dipedulikan Urusetia Bangunan berkenaan sehingga menimbulkan masalah air bertakung dan memasuki ruang kedai berhampiran.

“Saya sudah membuat laporan kepada pihak Majlis Perbandran Sandakan (MPS) tetapi menurut pegawai berkenaan kerosakan simen di hadapan premis itu bukan di bidang kuasa MPS; sebaliknya bidang kuasa wakil-wakil rakyat berkenaan,” jelas Teo.

Disebabkan mereka tiada pilihan lain, maka Teo merayu kepada kedua wakil rakyat agar dapat membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut daripada bertambah serius.

No comments:

Post a Comment