Sunday 21 August 2011

NOSTALGIA RAYA PESAKIT DI HOSPITAL BEAUFORT



CERIA...Kelihatan Saridah bersama ahli jawatankuasa ketika menyerahkan bungkusan dan duit raya kepada salah seorang pesakit semasa lawatan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SERAMAI 80 orang pesakit yang sedang dirawat di Hospital Daerah Beaufort termasuk mereka yang menjalani pembersihan darah (Hemodialisis) bagi pesakit buah pinggang kelmarin menerima sumbangan hamper dan wang tunai dari Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort.

Lawatan amal pergerakan itu diketuai oleh Ketuanya, Saridah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Naib Ketua Puteri Hayati Salim bersama ahli jawatankuasa pergerakan Puteri yang lain.

Menurut Saridah yang juga Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, lawatan amal tersebut merupakan program tahunan pergerakan tersebut, apatah lagi semasa umat Islam menyambut perayaan aidil fitri yang bakal menjelang tiba.

"Kita faham tidak semua insan dapat merayakan hari yang mulia ini, ada antara kita yang ditimpa musibah seperti sakit dan sebagainya, justeru melalui ziarah dan sedikit sumbangan ini dapat juga meringankan beban mereka di samping memberikan keceriaan untuk mereka berkongsi kemeriahan hari raya tahun ini," katanya.

No comments:

Post a Comment