Tuesday 2 August 2011

OUT-RIGHT GRANT BUKTI BN PRIHATIN



Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

WALAUPUN agama Islam, adalah agama rasmi negara tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian di Malaysia.

“Peruntukan ini adalah hasil persetujuan yang dicapai di kalangan rakyat Islam dan bukan Islam di negara ini bagi menjamin negara mendapatkan kemerdekaan daripada Britis,“ kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika berucap di majlis penyampaian peruntukan ‘Out Right Grant’ RM300,000 kepada Gereja-Gereja di kawasan Parlimen Papar, kelmarin.

Rosnah berkata persetujuan ini juga dibuat secara sedar oleh rakyat dan pemimpin negara di masa dahulu memandangkan salah satu syarat yang dikenakan oleh British untuk mendapatkan kemerdekaan bagi keharmonian beragama di negara ini.

Agama Islam telah dijadikan agama rasmi negara dan diterima oleh semua lapisan rakyat, namun begitu kata Rosnah, kebebasan agama juga diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama Fasal 11 yang menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama masing-masing dan menyebarkannya.

Kedua, jelas Rosnah, “Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan secara damai dan harmoni seperti yang disebutkan itu.”

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, kata Rosnah, jelas kepada kita walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara, namun agama-agama lain yang diamalkan di negara ini tetap terus dihormati.

Senario ini kata Rosnah dapat dibuktikan melalui pengagehan peruntukan untuk membina atau membaik pulih rumah ibadat seperti gereja dan sebagainya, namum Islam bukanlah satu penghalang kepada kerajaan untuk tidak berlaku adil dengan penganut-penganut agama lain seperti yang sedang dilakukan pada hari ini.

Konsep 1 Malaysia juga tambah, Rosnah menjurus untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama yang erat antara rakyat pelbagai kaum di negara ini; sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang menggugat kesejahteraan hidup mereka.

Kata Rosnah, inilah keindahan negara kita yang bukan sahaja unik, tetapi kaya dengan pelbagai ragam kerana hampir 80 peratus golongan etnik yang berbeza dengan hampir 50 dialek yang juga berbeza dari 4 agama utama yang dianuti antaranya ialah Islam, Kristian, Buddha dan Hindu masih mampu mempertahankan keharmonian dan keamanan.

Rosnah yang Ahli Parlimen Papar menyeru pastor-pastor dan pengerusi-pengerusi gereja supaya terus mengajak penganut yang datang ke gereja masing-masing supaya mempertahankan keamanan negara demi kesejahtaran rakyat pelbagai kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment