Monday 29 August 2011

PBS KAPAL BESAR, TAPI SATU JENTERA



AHLI BARU…….. Kelihatan Presiden PBS, Tan Sri Pairin menerima keahlian baru.

Oleh: SIMON MAMAT

PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan perjuangan PBS masih relevan di kalangan rakyat jelata di negeri ini kerana parti itu umpama sebuah kapal besar yang bergerak mengunakan satu jentera dan sistem yang bergerak bersama secara seiringan.

Sebaliknya, jika kapal yang berjalan itu tidak ada jentera atau sistem tentu sekali kapal akan hilang haluan di tengah lautan dan sesat menuju destinasi yang dituju.

Tegasnya, beliau yakin PBS Bahagian Kemabong sudah mampu mengemudi sendiri kerana sudah mempunyai kapal yang mampu berjalan sendiri menuju ke satu destinasi.

“Terpulanglah kepada Bahagian itu untuk menjaga jentera mereka sendiri,” kata beliau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Kemabong kali ke-26 di Hotel Perkasa Tenom, kelmarin.

Beliau menambah, "Kita harus tahu bahawa setiap pemilihan untuk menjadikan satu organisasi Parti yang diwakili oleh susunan jawatankuasa Bahagian, walaupun kita sebagai ahli biasa tetapi kita adalah sebahagian daripada ahli parti,” tegas beliau sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Bahagian yang terpilih bagi sesi 2011-2014.

Selain itu, Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infratruktur Sabah seterusnya berkata, memang tidak dinafikan kerajaan melalui pucuk kepimpinan PBS sentiasa mengambil perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya masalah insfratruktur dan sosial di kawasan luar bandar.

Namun tegasnya, pucuk kepimpinan parti menyangkal dakwaan kononya telah terlepas pandang segala rungutan rakyat sebelum ini yang melibatkan masalah infrastruktur jalanraya di kawasan ini; sebaliknya segala permasalahan rakyat itu telah pun di kemukakan kepada pihak Kementerian yang berkaitan untuk perhatian dan seterusnya tindakan.

Beliau berkata, kepimpinan PBS telah pun memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan sepertimana slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” supaya rakyat benar-benar tidak tersisih daripada arus pembangunan perdana yang kini sedang pesat berjalan.

“Setakat ini terdapat 200,000 kekosongan jawatan-jawatan di pelbagai sektor termasuklah di kawasan pedalaman ini akan memberi peluang kepada kita untuk memajukan diri, tetapi harus diingat agar jangan terlalu memilih pekerjaan,” tegas Pairin lagi.

Kata Pairin lagi, rakyat perlu memikirkan kemajuan pelajaran anak-anak mereka supaya boleh memegang jawatan-jawatan professional dan berharap agar rakyat praktikal untuk memilih mana satu jawatan yang perlu dipilih.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas usul yang disampaikan oleh beberapa perwakilan berhubung calon di kawasan Kemabong pada pilihanraya akan datang kerana beliau memetik cadangan Perdana Menteri bahawa calon yang diketengahkan pada pilihanraya akan datang adalah mereka yang berwibawa dan mampu memenangi pilihanraya itu.

“Saya harap PBS Kemabong juga berkemampuan dalam perkara ini. Bagaimanapun sebelum itu, kita perlu terus menguatkan sokongan di akar umbi,” kata beliau.

Tegas Pairin, PBS akan membuat kajian secara menyeluruh dan membuat profail cawangan dan Bahagian untuk disampaikan kepada pihak berkenaan dan berharap Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, sebagai satu detik sejarah bermula melalui sentuhan-sentuhan yang disuarakan oleh penyokong-penyokong PBS.

Di akhir majlis itu, selaku Presiden PBS, Pairin menerima kemasukan ahli-ahli baru seramai 300 orang. Turut hadir, Naib Presiden PBS Datuk Radin Malleh dan Puan Seri Geneive Kitingan.

No comments:

Post a Comment