Thursday 11 August 2011

PEGAWAI PENYAMUN Vs MENTERI LANUN DI KKLW


(Sila Klik Imej Untuk Lebih Jelas)

Oleh : CITRA MASADI

PENAFIAN demi penafian dan ugutan demi ugutan yang saya terima daripada pelbagai pihak menarik minat saya untuk mengkaji Sistem Tender Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang begitu rapuh, berdaya rasuah dan membelakangkan akauntabiliti kerajaan.

Kehebatan dua Timbalan Setiausaha Bahagian (Teknikal) Bahagian Infrastruktur KKLW iaitu Mohd Fauzi bin Mat Zin dan Ahmad Tajuddin bin Mohd Yusof yang dinamakan sebagai Pengarah Projek dalam setiap projek KKLW dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi) KKLW Dato' Haji Yussoff bin Dohab dan Juruperunding Swasta Azmi, telah berjaya memperdaya Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mungkin tidak keterlaluan jika saya menggelarkan pegawai kanan di KKLW ini sebagai ‘Pegawai Penyamun’ dan Shafie Apdal sebagai ‘Menteri Lanun’ kerana menghalalkan penipuan dan penyelewengan berlaku di KKLW, terutama membenarkan syarikat Sama-Sama Maju Sdn.Bhd yang dimiliki saudara terdekatnya menyertai tender berkenaan sekalipun menggunakan dokumen palsu dan memalsukan data dalam borang tender.

Laporan awal telah dibuat di Pejabat SPRM Sabah dan saya turut membuat laporan polis baru-baru ini berhubung penyelewengan dan Skandal Tender di KKLW.

Dalam tender terbaru, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau, Lembaga Tender telah memberikan tender berkenaan kepada sebuah syarikat ‘Maggi Mi’ dan tidak sumber kewangan serta tidak mempunyai pengalaman langsung; iaitu Menara Gading Development Sdn.Bhd bagi menjalankan projek yang bernilai RM89.892 juta; seperti memberi Laptop 1Malaysia kepada orang buta.

Akibatnya, kontraktor tersebut membawa Surat Tawaran Projek tersebut menemui beberapa kontraktor bagi mendapatkan harga yang tertinggi untuk membayar hutang mereka kepada Pegawai KKLW yang telah meluluskan projek berkenaan kepada mereka dengan memalsukan semua dokumen tender dan maklumat syarikat.

Jika kontraktor berkenaan mengambil keuntungan atas angin 20 % dan Pegawai KKLW mendapat 10 % serta Menteri atau Orang Kepercayaan Menteri KKLW memperoleh 10 % daripada nilai projek, maka projek tersebut sebenarnya hanya bernilai RM53.935 juta sahaja setelah ditolak komisyen 40 % kepada semua pihak terbabit.

Lalu mampukah Sub-Kontraktor menyiapkan projek penting berkenaan untuk rakyat jika KKLW tidak telus dalam pemberian kontrak; menafikan hak kontraktor berdaya maju untuk diberikan kepada kontraktor berdaya penipu?

Kedengaran suara garau yang marah kepada Shafie kerana kontrak mega berkenaan diberikan kepada bukan kroni dan mungkin tanpa pengetahuan Shafie setelah diperdaya bahawa kontraktor tersebut hanya nominee; sedangkan tidak ada siapapun yang mengenali syarikat berkenaan.

Semakan saya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) mendapati syarikat tersebut tidak berdaftar dengan PKK, tetapi saya gagal mendapatkan maklumat daripada Pukonsa; tetapi jelas, melalui rekod CIDB, syarikat ini tidak pernah mendapat projek kerajaan dan hanya menggunakan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Lahad Datu ketika mendaftar dengan CIDB pada 2010.

Mengikut semakan saya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat yang didaftarkan pada 8 Oktober 2007 ini hanya mempunyai modal berbayar RM50,002 dan tidak mempunyai sebarang rekod kewangan atau langsung tidak mempunyai akaun bank.

Menara Gading Development Sdn.Bhd ini dimiliki oleh Simon Pius Ariffin (740328-12-5223) dan Florence Chin Kim Chu (711020-12-5320) yang keduanya beralamat MDLD 6903, Happy Garden, Jalan Bakawali 1, 91100 Lahad Datu, Sabah dengan memegang jumlah saham yang sama iaitu RM25,001 setiap seorang.

Berikut Harga Tender yang dikemukakan oleh 10 Kontraktor yang menyertai ‘Tender Olok-Olok’ berkenaan, tetapi tidak tahu kenapa Lembaga Tender KKLW memilih Menara Gading Development Sdn.Bhd yang menawarkan harga kelima terendah;

01.Syarikat Sawtech Sdn.Bhd RM84,620,363.50

02.Uni-way Sdn.Bhd RM84,603,725.00

03.Aml Jutamas Sdn.Bhd RM85,573,524.00

04.Sama-Sama Maju Sdn.Bhd RM87,400,000.00

05.Menara Gading Development Sdn.Bhd RM89,892,000.00

06.WBS Construction Sdn.Bhd RM90,888,885.00

07.Bisajuta Sdn.Bhd RM91,102,904.00

08.Sasaran Naluri Sdn.Bhd RM91,117,904.00

09.Jayaexi Sdn.Bhd RM91,129,204.00

10. Saja Cahaya Sdn.Bhd RM91,149,354.00

Sehubungan itu, saya menggesa agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad agar mengarahkan Pengarah SPRM Sabah, Jalil Jaafar agar menyegerakan siasatan berhubung Konspirasi dan Skandal Rasuah di dalam KKLW; terutama projek NKRA di Sabah.

Saya juga turut mencabar agar Menteri KKLW, Datuk Seri MOhd Shafie Apdal menyatakan kepentingan dan pendiriannya dalam Menara Gading Development Sdn.Bhd dan membatalkan segera projek ini kerana diperolehi melalui cara yang salah dan melanggar Akta Kontrak kerajaan dan Arahan Perbendaharaan.

No comments:

Post a Comment