Saturday 6 August 2011

PEMBORONG BUMI SUBUR TIDAK IKUT PIAWAI



Oleh : NADZERAH ABDULLAH (KKLW)

Merujuk kepada dakwaan 'Apa Ertinya NKRA Jika Masih Berhutang', dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan Projek Selenggara Jalan Kg Sepagaya, Lahad Datu, Sabah dengan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Pejabat Daerah Lahad Datu melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sabah pada tahun 2009.

Pejabat Daerah Lahad Datu telah melantik kontraktor Pemborong Bumi Subur untuk melaksanakan projek tersebut dengan kos projek sebanyak RM20,000. Walau bagaimanapun, pemeriksaan oleh pihak Pejabat Daerah Lahad Datu terhadap projek ini mendapati berlaku perkara-perkara seperti berikut:

i. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak Pejabat Daerah Lahad Datu;

ii. Pemeriksaan yang dibuat pada 17 April 2009 mendapati pihak kontraktor hanya menabur batu gravel 18' - 22' di sekitar papan tanda projek diletakkan. Ketebalan batu gravel yang ditabur juga tidak sekata mengikut piawaian yang ditentukan iaitu setebal 150mm; dan

iii. Jalan yang diselenggara juga tidak dibuat di Kampung Sepagaya (seperti yang diluluskan) tetapi telah dibuat di Kg Busul iaitu 3 km daripada Kg Sepagaya.

Kami mengucapkan terima kasih kepada penulis, pengunjung dan blog ini kerana keprihatinan memaparkan hal ehwal luar bandar. Ruang Sabahkini.net menjadi medium untuk kita berbicara, berkongsi idea, kritikan dan pandangan membina demi matlamat kita bersama untuk memajukan kawasan luar bandar.

No comments:

Post a Comment