Tuesday 30 August 2011

POLIS DAN KASTAM WAJAR PANTAU MERCUN



TERIMA KASIH....Pengerusi RT Taman Mesra, Hjh Ainah menerima duit raya daripada Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 140 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian, Pergerakan Pemuda, Wanita, Pergerakan Puteri dan Ketua-Ketua cawangan UMNO Bahagian Sandakan masing-masing menerima sumbangan berupa Ang Pau Hari Raya daripada Ahli Perlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong di pejabatnya, kelmarin.

Dalam ucapan alu-aluannya, V.K.Liew antara lain menjelaskan pemberian ang pau tersebut adalah untuk menambah sedikit wang perbelanjaan bagi membeli barang-barang keperluan di hari raya.

Memandangkan harga barang-barang kini naik melambung secara mendadak, maka V.K.Liew berharap agar golongan yang kurang berkemampuan berbelanja secara berhemah dan belilah barangan yang perlu sahaja.

Di majlis yang sama, V.K.Liew turut menderma dua gulung tikar getah dan sebuah alat pembesar suara kepada Pengerusi Masjid Hasanah, Kampung Cahaya Baru.

Dalam perkembangan yang berkaitan, ketika diajukan soalan mengenai perjualan mercun secara terbuka dan tiada tindakan diambil khususnya pihak Polis sedangkan mercun merupakan barangan larangan mengikut Seksyen 42, Bahan Letupan 1957; V.K.Liew menggesa agar PDRM dan Kastam mengetatkan lagi rondaan di Taman-Taman Perumahan bagi memantau amalan bermain mercun sehingga membahayakan diri sendiri dan mengganggu ketenteraman awam.

”Saya merayu kepada ibubapa agar tidak terlalu membiarkan anak-anak mereka bermain mercun kerana ini akan menjadi satu kesalahan dan polis berhak memberkas atau menangkap mereka yang didapati berbuat demikian,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment