Monday 29 August 2011

PROJEK AIR RM30 JUTA, TAPI PAIP KOSONG



MEMBAZIR....Taufiq menunjukkan batang paip besar di Kg Mempakul yang bocor sejak kian lama tetapi tidak pernah dibaiki sehingga membazir jutaan liter air.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : TAUFIQ RUSCHI

AHLI Parlimen Beaufort, Dato’ Wira Haji Lajim Hj Okin telah mengumumkan mendapat peruntukan RM30 juta untuk menaik taraf prasarana khususnya bekalan air di Menunbuk dan Kuala Penyu di bawah program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) NKRA.

Kerja-kerja menaik taraf bekalan air paip telah dilaksakan oleh sebuah kontraktor dan siap sepenuhnya dan sebahagian daripada penduduk kampug telah mengecapi kemudahan itu.

Taufiq Ruschi yang membuat tinjauan keberapa lokasi untuk mempastikan penduduk di sekitar Menumbuk dan Kuala Penyu mendapat bekalan air yang mencukupi terutama sekali di musim-musim menjelangnya hari raya, tetapi nampaknya menemui jalan buntu.

Taufiq yang menghubungi Sabahkini.Net, menjelaskan batang paip sampai ke rumah tetapi airnya kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada walaupun setitik. Paling mengejutkan ketika beliau pergi ke kampung Mampakul; beliau mendapati batang paip besar (main Pipe) bocor. Air yang keluar dan mengalir mencurah-curah tanpa henti-henti sehingga dianggarkan jutaan liter air terbuang begitu sahaja.

“Saya sudah berkali-kali menghubungi pihak Jabatan Air, tetapi mereka jawab ini bukan di bawah jagaan mereka, kerana projek itu masih di bawah seliaan kontraktor yang mengendalikan kerja-kerja menaiktaraf bekalan air tersebut antara Menumbok hingga ke Kuala Penyu,” jelasnya.

Ekoran daripada keengganan Jabatan Air mahu bertanggungjawab menangani senario ini, kata Taufiq, bukan sahaja kerajaan mengalami kerugian besar kerana ini satu pembaziran wang rakyat.

Beliau kesal kerana tiada pihak yang mahu memperdulikan kebocoran batang paip tersebut, sebaliknya 90 peratus rakyat di Menumbuk dan Kuala Penyu menjadi mangsa keadaan kerana tidak mendapat bekalan air, apatah lagi terpaksa menyambut hari raya dalam kekeringan.

Kecuaian dan kelembapan Ahli Parlimen Beaufort yang tidak berani menegur sikap pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan yang buat kerja sambil tidur dan tidak efisyen, kata Taufiq, adalah punca utama mereka besar kepala.

“Lajim terlalu memanjakan mereka sehingga perkara ini bukan saja menjejaskan nama baik kerajaan, bahkan mencalar maruah Dato’ Lajim sendiri yang mendapat cemohan dan maki hamun oleh rakyat di kawasan Beaufort, termasuk ahli UMNO dan BN sendiri,” tegas Taufiq lagi.

No comments:

Post a Comment