Wednesday 3 August 2011

APA JADI DENGAN PUTATAN APARTMENT?



Saudara Pengarang,

SAYA merupakan salah seorang pembeli apartment yang dibina oleh SPNB di Putatan iaitu Putatan Platinum Apartment. Mengikut papan notis yang tertera, apartment tersebut sepatutnya disiapkan pada 14 Ogos 2011.

Namun demikian sehingga kini, bukan sahaja apartment tersebut belum siap, akan tetapi tidak kelihatan pekerja-pekerja di tapak pembinaan. Saya amat kecewa kerana berdasarkan iklan di surat khabar, ia mengatakan projek ini akan mendapat OC tidak lama lagi.

Jelaslah kepada kami bahawa projek ini adalah penipuan secara terang-terangan kerana projek tersebut kelihatan tidak aktif dan buruh tidak kelihatan di tapak tersebut. Mohon pihak sabahkini.net boleh menghebohkan perkara ini agar pihak yang terlibat terutamananya pihak kerajaan (SPNB merupakan pemaju yang mendapat sumber dana dari kerajaan) dapat memberi penjelasan berkenaan projek tersebut.

Sekian dan terima kasih.

PEMBELI TERPEDAYA

No comments:

Post a Comment