Wednesday 10 August 2011

PUTERI UMNO HARGAI DUTA KECIL!




SERAH……. Kelihatan Innahwati menyerahkan bubur lambuk kepada Pengerusi Persatuan Teksi Zakaria Abdullah.

Oleh: MEDIA PUTERI UMNO TENOM

PERGERAKAN Puteri Umno Tenom mengadakan program turun padang dalam bulan Ramadan bagi mengisi jadual padat pergerakan itu dengan pelbagai aturcara kemasyarakatan; selain memberi bantuan kepada golongan susah, mereka juga tidak melupakan pemandu teksi dengan menghadiahkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Pergerakan itu amat menghargai perkhidmatan pemandu teksi kepada rakyat kerana golongan itu boleh diibaratkan sebagai ‘Duta Kecil’ kepada pelancong yang melawat ke negara ini.

Demikian dinyatakan Ketuanya, Innahwati Jaini dalam satu kenyataan di sini ketika menyerahkan bubur lambuk kepada masyarakat Tenom pada Selasa di Jalan Padas, dekat Medan Selera.

Selain itu, acara memasang Jalur Gemilang ke kenderaan-kenderaan awam turut diserentakkan dalam majlis tersebut sebagai menyemarakkan rasa Patriotik sempena Bulan Kemerdekaan.

PASANG….Innahwati sedang memasangkan bendera Malaysia ke sebuah teksi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Teksi Pedalaman, Zakaria Abdullah, 45, menghargai sumbangan Pergerakan Puteri Umno terutamanya pengiktirafan Pergerakan itu yang melabelkan mereka (Pemandu teksi) sebagai ‘Duta kecil’ untuk berkhidmat kepada Negara.

Sementara itu, Innahwati turut menegaskan bahawa beberapa program akan menyusul selepas kali ini seperti program Ziarah Kasih dan lawatan ke Hospital Tenom pada 27 Ogos kelak.

Manakala program ‘Shopping Raya Bersama Anak Yatim’ bertempat di Pasaraya Servay Keningau pada 21 Ogos dan program mengacau dodol bersama ahli cawangan Puteri pada 26 Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment