Sunday 28 August 2011

PUTERI UMNO TIDAK LUPA IBU TUNGGAL



RAYA …….Innahwaty menyerahkan sumbangan duit raya dan hamper kepada salah seorang pesakit di wad hospital Tenom.

Oleh: MEDIA PUTERI UMNO TENOM

PERGERAKAN Puteri Umno Tenom terus merancakkan aktiviti kemasyarakatannya walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Syawal menjelang tiba untuk seluruh Umat Islam menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri namun golongan yang kurang berkemampuan khususnya golongan ibu tunggal tidak dilupakan pergerakan itu.

Misi tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Tenom, Innahwaty Jaini bersama beberapa Ahli Jawatankuasanya yang melakukan kunjungan sambil memberi sedikit sumbangan ke rumah ibu tunggal Jamilah Jani, 34, Kg Chinta Mata Bukit pada Sabtu.

Keluarga Jamilah Jani, yang ditinggalkan suami 7 bulan lalu merasa tersentuh dan menitis air mata sambil bersyukur kerana kehadiran Innahwaty pemimpin Puteri Umno dirasakannya telah dapat mententeramkan jiwanya yang masih dalam kepiluan selepas pemergian suaminya.

BALU…..Kelihatan Innahwaty menyerahkan sumbangan duit raya kepada Ibu tunggal Jamilah Jani. Manakala duduk di kiri sekali Jani bin Abu, bapa Jamilah.

Manakala bapa kepada Jamilah seorang pesara, Jani bin Abu, 65, turut berterima kasih di atas keperihatinan pergerakan itu kerana sudi meluangkan masa menjenguk anaknya yang kini bergelar ibu tunggal selepas kematian suami yang tiada siapa lagi dapat membantu anaknya itu.

“Saya tidak berdaya lagi malah tidak dapat membantunya kerana keuzuran membataskan saya untuk bergerak kemana mana kecuali berada dalam rumah setiap hari,” jelas Jani.

Sebelum itu, Pergerakan Puteri Umno telah mengageh-agehkan hamper sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri berserta dengan sumbangan duit raya kepada para pesakit di wad hospital Tenom di hari yang sama.

No comments:

Post a Comment